Khamis, 3 Januari 2013

Khamis, 3 Januari 2013

Hari pertama persekolahan Alya

Seawal jam 5.30 pagi, Dak Alya mandi & berendam di dalam air suam, biarkan dia berendam lama sedikit sementara itu siapkan sarapan pagi.

Yeayy... peserta pertama bersiap untuk memulakan langkah pertama ke sekolah, jangkaan kami pada mulanya - dia akan merengek2 apabila bakal ditinggalkan tetapi sangkaan itu meleset sama sekali, elok jer dia melangkah masuk ke dalam kelas dan duduk di kerusi walaupun belum mengenali teman2 & guru kelas.

Mulanya si ibu ke main lagi bersemangat untuk mengambil gambar kenangan hari pertama Alya ke sekolah tapi terpaksa lupakan hasrat tersebut, malulah pulak...

Tak sabar nak tunggu Alya  habis kelas nanti, apakah cerita yang akan keluar daripada mulut becoknya itu (dengan orang lain, membisu seribu bahasa, huhuhu)?

CPUV pertama 2013

Earning (CPUV) pertama untuk tahun 2013, alhamdulillah..

jika 31/12/2012
bakinya RM0.00

semalam 02/02/2013
Membuahkan hasil walaupun tak banyak, 
bak kata bidalan 'sikit2 lama2 jadi bukit'
RM1.67 bersama 5 CPUV Nuffnang yang sedang berlegar2 dilaman kecilku ini.

Rabu, 2 Januari 2013

Rabu, 2 Januari 2013

PEMENANG - Top Commentator

Tahniah buat IntanBerlian kerana menjuarai 'Top Komen' yang berakhir kelmarin. Hadiah sudahpun dihantar awal2 dan diterima oleh Ina . (Sengaja buat kejutan buat IntanBerlian @ Ina, hi3x)

Buat Si Matatajam & ieda, kalian adalah terbaik begitu juga teman2 yang lain, anda semua adalah sahabatku di alam maya.

Nota: Insya Allah pencarian ini akan dijalankan dari masa kesemasa, kiv setiap 3 bulan (bergantung kepada bajet tuan rumah..)

Pagi yang syahdu..

Seawal pagi Alya sudah bangun tidur dan terus mandi pagi,  katanya nak ke sekolah, kemudian berpakaian lengkap ala2 sesi Pendidikan Jasmani berkasut putih dan menyandang beg sekolah, kemain lagi dia bersemangat apatah lagi takkala melihat si abang dan kakaknya berpakaian sekolah.

Selesai menghantar abang & kakak, tiba giliran si ibu ke tempat kerja, baru jer nak buka pintu kereta, terus dia merengek manja:

 "Adik nak pergi sekolah.....",

"Alahai sayang ummi, masih awal pagi lagi dik, nanti abah bawa pergi jumpa cikgu, mana tau boleh terima @ tumpangkan adik seawal usia 4 tahun (2013) aka 3 tahun 4 bulan".

Sedihnya hati, mudah2an masih ada kekosongan di tadika bagi menempatkan kanak2 seusia Alya.

Nota: Kadang2 terfikir, untungnya dok di bandar2 besar, banyak sekolah2 swasta yang menerima anak kecil belajar.

Kemaskini: Alhamdulillah.. Alya diterima masuk ke Tadika Islam, yuran pendaftaran, pakaian sekolah & buku2-  RM 215 268.20 done.. Amin..

Selasa, 1 Januari 2013

Selasa, 1 Januari 2013

Pencarian Top Commenter - TAMAT

Dimaklumkan, 'Pencarian Top Commenter' telahpun tamat tepat jam 11.59pm. Terima kasih kepada teman2 yang sentiasa berikan sokongan. Sayang kalian semua.

Saya tertarik dengan komen

Sebenarnya 'Nama Pemenang Top Commentator' (seorang jer..) sudahpun ada ditangan saya tapi saya mohon kalian berikan sedikit masa lagi.

Insya Allah selewat2nya 03/01/2013 aka Khamis saya umumkan - bercadang nak buat kejutan, entah menjadi @ tidak.. apa2pun kita tunggu & lihat. Alaaa tak lama pongggg, dalam 2, 3 hari jer lagi......


Agak2 kalian 'siapakah' insan yang bertuah itu? 
kadang2 ia di luar jangkaan kitakan...  hurmmm..

Nota: Bukannya nak main tarik2 tali, sekadar bagi 'surprise' jer, bak kata Alya "Sabar ye kawanku..".

Apa2pun diucapkan Selamat Tahun Baru... Apakah azam kalian tahun ini...?

 

Copyright © 2012 Reserved to Diari Hidupku
Design by Cik Kumbang