Jumaat, 27 Julai 2018

Jumaat, 27 Julai 2018

Rindu kamu

1 bulan 2 hari
Salah seekor anak Mel. 

Bak punyai anak kecil,  hati meronta2 nak balik berjumpa si bulus yang baru ditinggalkan ini,
 sabar ya hati,  1 malam sahaja, nanti kita ketemu ya Sayang...    😆

Rabu, 18 Julai 2018

Rabu, 18 Julai 2018

Keluarga baru kami..

Selamat datang buat si bulus ke teratak ini,  jadilah kamu sebahagian dari keluarga kami..  

Asalnya ia datang beraya dengan keadaan sarat mengandung.

Hari pertama hanya di laman rumah sahaja.

Hari kedua - selepas maghrib masih lagi menjadi tetamu kami.

Hari ketiga balik kerumahnya setelah lewat  jam 9 malam (itupun kami letaknya di luar rumah tapi awal2 pagi sudah datang kemari)

Seterusnya jam 11 malam dan malam terakhir jam 2 pagi, akhirnya pada 21/6/18 dengan rasmi ia menjadi milik kami 

"Alya nak ke kucing ni,  jika nak,  ambillah,  Kak Qilah tak nak dah" tuannya bersuara

Sejak dari masa itu,  si bulus terus berada di rumah 24 jam, dah pandai hantukkan kepalanya di bilik kami jika ingin menumpang rehat di tempat sejuk, ia mula lupakan tuan asalnya..    (ibarat sitanggang kamu ni Mel, ha3.. .) 

Terima kasih buat jiran kami di atas pemberian si bulus ini kepada Alya, gembira sangat dia dapat pelihara haiwan kesayangan yang comel. 

Berkali2 dia ucapkan "terima kasih Kak Qilah..."

Nantilah kita sambung lain kali kisah si bulus, nak sambung kerja hakiki....😀



Isnin, 18 Jun 2018

Isnin, 18 Jun 2018

Salam 4 syawal

Pejam celik dah masuk hari keempat Syawal, cepatnya masa berlalu,  hari ini saya mula masuk kerja, seorang cuma,  anak2 buah bercuti panjang..  sunyi sepi weyhhhhh, mood beraya masih ada..

Salam aidilfitri buat semua, maaf zahir batin.. (anak2 sebagai pengganti diri.. -_~ )


Paling gembira sekali di hari raya,  tentulah anak2..


Model cilik kami dah pandai berselfie..  

Rabu, 16 Mei 2018

Rabu, 16 Mei 2018

Selamat hari guru

Si ibu tidak kreatif,  maka inilah hasilnya. 

Selamat hari guru buat rakan2 blogger yang bergelar guru - Cikgu Etuza,  Cikgu Mat Som, Teacher Nor Azimah, AN dan semua guru2 di Malaysia serta bakal2 guru terutama si bujang junior kami yang sedang berjuang di seberang lautan. 

Guru Pemacu Transformasi Pendidikan. 

Selasa, 1 Mei 2018

Selasa, 1 Mei 2018

Labour Day..

Ingatkan cuti sempena hari pekerja,  bolehlah goyang kaki,  tak perlu buat apa2, rupanya meleset,  celik jer mata,  perut lapar,  ermmmm kena ke dapur juga..  

Selagi ada stok kat rumah.

Kita goreng daging pekasam sebagai pembuka selera, pagi2 dah cari nasi, tekak orang kampung betul. 

Suami ajak pergi makan angin, dak comel pula bagi pelbagai alasan,  "kena siapkan kerja2 sekolah,  jika dok kat rumah,  boleh rehat2, esok sekolah daa.. ' Gayanya si bongsu betul2 ikut peel si ibu,  suka berkurung 24 jam di rumah jika hari cuti, hu3.

Jika ada kursus @ seminar2 berkaitan dengan pembelajaran,  Alya pasti akan turut serta.

Dia akan berusaha untuk dapat sekeping sijil penyertaan. 

Seminar minat dan bijak matematik 2 hari lepas. 

 

Copyright © 2012 Reserved to Diari Hidupku
Design by Cik Kumbang