Rabu, 26 Oktober 2011

Rabu, 26 Oktober 2011

GA Percutian Tidak Dirancang

Cuti umum kali ini kami telah mengambil kesempatan untuk membawa anak2 'Makan Angin', sebenarnya ia merupakan percutian kami yang tak dirancang, tiba2 sahaja kami berada di sana setelah berderet senarai tempat yang bakal kami kunjungi tempohari. 

Kejap nak ke sana, kejap nak ke sini, apa yang penting di dalam bonet kereta tersedia beg berisi pakaian persalinan. Kami bertolakpun agak lewat petang dan bermalam di sana, maklumlah pada waktu paginya tak terfikirpun nak keluar jauh2 dari sini, tambahan pula pada hari tersebut ada jemputan kenduri dan sehari sebelumnya pula telah bertugas luar, penat masih terasa.

Hari ini xmo cerita panjang2 mengenai percutian ini, sebenarnya kamipun tak sempat nak 'shopping' bagai, tak selesa membawa bersama barang2 tersebut ke hulu ke hilir, maklumlah kereta 'parking' nun jauh di sana, ingatkan sebelum balik barulah kami nak rembat apa yang patut, tup2 sebelah petangnya hujan, ermmmmmm, berputih matalah nampaknya.

Diriku cuma sempat rembat sikit je, untuk anak2 dan beberapa ketul 'FM', itupun sebab ia kecik je, senang masukkan ke dalam beg tangan.

Bagi peminat 'FM', ada 3 ketul untuk diagihkan, jika kalian berminat, syaratnya cukup mudah iaitu:
  • Teka tempat percutian kami berdasarkan gambar diatas (secara umum je, tak semestinya detail contohnya Kuala Lumpur, Kelantan) di entri ini sahaja.
  • Setiap orang hanya dibenarkan meneka sebanyak 2 kali.
  • Jika pemenangnya berasal dari tempat ini, saya akan tukarkan FM yang lain
  • Seandainya terdapat lebih 3 orang yang meneka dengan tepat, undian akan dijalankan.
Tarikh tutup: Sehingga ada entri baru (maksudnya bila2 masa mengikut kerajinan tuan punya blog)

11 ulasan:

♥♫♥ZaiKuLiM♥♫♥ berkata...

salam nak teka jugak

Kuantan River Cruise

♥♫♥ZaiKuLiM♥♫♥ berkata...

Satu g Melaka kot..

Ya ALiya berkata...

salam...

melaka

perak

ajumohit berkata...

Bukit merah lake town resort, perak

Melaka

Mencuba nasib kak hehhe

Ena berkata...

Terengganu..

eheheh.. nak jugak nerai tu.. selalu tak kena jekk.. :)

Unknown berkata...

Terangganu

MulutPayau berkata...

Nak try jugakkk...

Melaka..

ayukhairy berkata...

alamak..tak berapa familiar la kak..
try je la ye..

melaka

bukit merah..hehe

Unknown berkata...

bestnya bercuti..kt melaka ni

wahida berkata...

pangkor...hehe..


salam kenal..terus follow sini..

Umialya berkata...

GA ini telah ditutup penyertaannya pada 29.10.2011 @ 7.35pagi.

Terima kasih kepada kalian yang berikan sokongan.

 

Copyright © 2012 Reserved to Diari Hidupku
Design by Cik Kumbang