Alhamdulillah selesai sudah sessi temuduga si bujang awal pagi tadi, jika ikut jadual yang diberikan masanya jam 11.58pagi tapi kami sampai seawal jam 9 pagi, jadi dia dapat no. 8, kiranya sekejap sahaja sessi temuduga.
Anak lelaki tidak sama dengan anak perempuan, persiapannya cukup mudah dan ringkas janji siap, semua sijil dan pengesahan pada salinannya, kami suami isteri bertungkus lumus memastikan ia tersusun ikut urutan dan lengkap, cuma minta tolong dia mencari bahan2 dan maklumat berkaitan dengan jawatan, malangnya dia buat derk jer hinggalah ke saat2 akhir apabila si ibu sendiri mencari maklumat dan berikan kepadanya. (Sememangnya dia anak manja, semua nak bersuap, mengalahkan adik2..)
Jika dulu dia yang beria, asyik bertanya dari masa ke semasa jawatan yang di mohon melalui SPA 8 dapat ke tidak, kononnya sebab minat.
Malam tadi sempat bertanya padanya beberapa soalan, pakaian untuk dipakai sudah lengkap ke belum, sudah seterika ke tidak dan sebagainya? jawapannya cukup mudah, "baju tu tak perlu gosok dah ummi, elok jer..." terus saya minta nak tengok.
Alahai bertuahnya anak, dibawa baju yang agak lusuh dan berkedut seribu, masa sudah ke angka 11 malam, nak beli kat mana daa? terus capai pakaian dari tangannya dan gosok. Selesai sudah bab pakaian maka hati si ibu tenang, awal pagi tadi dia pakai t'shirt cuma semasa di dalam bilik, masuk ke dalam kenderaan barulah disarungkan baju berkolar dan berpakaian lengkap.
Sebaik turun dari kenderaan, barulah terlihat tali pinggang yang dipakai sememangnya lusuh, fuhhhhhhhhhh stress seketika, mulalah mulut si ibu pot pet pot pet tak henti2 sebab sebelum ke mari sentiasa bertanya mengenai pakaian, minta belikan jika perlu tapi dia tetap bagitau semua ok.
Bercerita megenai temuduga tadi, rasanya ramai calon yang gagal hadirkan diri pada hari pertama temuduga, maklumlah maklumat diperolehi seawal petang khamis lepas (selepas waktu pejabat) melalui email sedangkan kami di Pahang bercuti sempena Hari Hol (Jumaat), semua pejabat tutup, pastinya mengalami kesukaran.
Mungkin mereka gagal hadir sebab:-
- Bukan semua calon mempunyai komputer dan internet di rumah, saya bayangkan jika berada di kawasan pendalaman yang tidak punyai line telefon dan internet, cuma mengharapkan di Cyber Cafe apabila sesekali keluar ke bandar.
- Gagal mendapatkan pengesahan pada salinan sijil (sebahagian dari calon tadipun ada yang tidak mendapatkan pengesahan, jadi mereka diberi tempoh untuk menghantar dokumen tersebut - budi bicara penemuduga)
- Calon yang berada di daerah2 yang jauh, tidak sempat datang ke mari dan pastinya memerlukan bajet yang banyak untuk bermalam.
- Masalah kenderaan.
Sebaik melangkah keluar tadi, si bujang tersenyum lega, kononnya dapat menjawab soalan dengan tenang dan baik (walaupun jawapan tadi ada yang salah sebab main agak2..), lagipun semua dokumen lengkap tapi sebagaimana saya katakan tadi, ANAK LELAKI, dia main hentam jer LABU lagipun dia merupakan calon lelaki pertama yang masuk dan termuda,
Penemuduga pula adalah Pegawai Lelaki, memang sempoi sebab jika dapat bilik temuduga yang satu lagi adalah Penemuduga Wanita, maka semua Misi, Visi jabatan dan semua yang berkaitan di tanya, ia sememangnya soalan di luar jangkaan.
Jika mengikut perancangan awal, cuma hubby yang menemani dia sebab saya kena buat persiapan 'Pembentangan Prestasi Negeri' untuk dibentangkan pada mesyuarat nanti dan akan bertolak lewat tapi hati ibu tetap tak tenang membiarkan dia bersama abahnya (pastinya 2x5, bapa dan anak) maka 2 hari berturut2 walaupun Cuti Hol dan cuti mingguan, rela bertapa di pejabat untuk siapkan urusan rasmi sebelum memohon cuti rehat melalui HRMIS dan memaklumkan kepada Pengarah Negeri.
Setengah jam berada di sana, siap sudah temuduganya (tidak ikut masa yang diberikan, mungkin ia disebabkan kehadiran calon yang tidak ramai), maka kami meronda2 seketika sementara menunggu bas untuk balik ke sana jam 2.30petang (si bujang terus balik ke destinasi, tidak betah menunggu semalam lagi, maka cuma tinggal kami 3 beranak di sini sebab saya perlu hadiri mesyuarat hari esok).
Gambar curi si bujang di Terminal Bas tadi









12 ulasan:
Moga abang berjaya dalam temuduganya.... Gitulah kalu namnya ibu ....kalau boleh semua nak perfect. Sama je pe'el dgn anak jantan kita .....dia bukan kisah pun pasal baju tu semua.....janji ada aje....kedut ke buruk ke belakang kira...
Dari satu sudut elok gak cam tu tak cerewet tp dari sudut lain terlampau ambik mudah sangatkan....Apa apa ajelah geng janji mereka bahagia....kita pun bahagia jugak ye dak....
alhamdulillah..selesai..nad ni tak pernh la nak mohon spa..hehee
Salam akak
bole je kalau nak tukar :)
tapi skrng sy busy dgn preparation utk wedding,maybe insyaallah dalam bulan januari nanti akak remind sy semula ke, bole ?
ASALAM..semoga temuduga abang tu berjaya. kalau rezeki ada insha Allah. Pakai baju kemeja apa pergi temuduga? Biasa bidang perubatan kan pakaian kalau lelaki putih bersih, velikan yang warna nya tak bercorak, kalau biru birulah , cream kekuningan ke mana-mana yang petng cerah . Itulah namanya lelaki. Selalu Etuza ni bab nasihat kan anak lelaki..hummm! nenek diorang yang pertahankan anak2 lelaki saya tu. kata mak..ha tu namanya anak lelaki. ( dalam hati aduhai mak ...lain dulu lain sekarang ) hehehe
kena study lah sebenarnya..kena sediakan ilmu pengetahuan agama, etuza ada pengalaman temuduka nak jadi MA..hehehe bab masuk bilik mayat dan matematika Etuza ...tersentak kena soal ..berani tak pegang mayat. Ya Allah..ini kah pula temuduga nak jadi MA..kena KIV..lastly masuk perguruan ja lah...
Cikgu..
Kemeja kosong warna krim..
Wah dh nak keje si bujang UA ni yea, pastikan gaji pertama bagi kat ummi yea, bahagiakan hati ibu...
Cik Kumbang..
Ok, nnt akak remind semula..
tahniah bakal menjadi Raja Sehari, moga segala perancangan berjalan lancar, aamiin..
pepun tahniah kerana berjaya dpanggil interview. tapi tula peel anak zaman sekarang.. Kalau kita dulu mak ayah tak ambik port pun.. pandai2la ko nak..
Semoga Anak teruna akak berjaya dalam temuduga ini.. Amin~
Good luck utk anak akak :-)
insha Allah dah selesai temuduga, doa banyak2 dan tawakal..itulah amalan kita ..
Catat Ulasan