Ahad, 31 Januari 2016

Ahad, 31 Januari 2016

Alya & Taekwando

 
Minggu lepas daftarkan Alya untuk latihan 'Taekwando" atas permintaan dia, "Alya ingin jadi seperti kakak dan abang" setelah dia terjumpa beberapa keping gambar & medal milik abang & kakaknya yang pernah mengikuti perlawanan suatu ketika dahulu.

Untuk permulaan, dikenakan bayaran sebanyak RM135 meliputi kos uniform RM85.00, pendaftaran: RM20.00 dan yuran bulanan: RM30.00, latihan sebanyak 4 kali sebulan.

Alhamdulillah hari pertama, Alya dapat ikuti latihan dengan baik.

 
Tahun ini, tidak ramai ibubapa menghantar anak menjalani latihan taekwando berbanding semasa zaman abang dan kakaknya sebelum ini, amat meriah, kejohanan demi kejohanan ada, mungkin kos sara hidup sekarang ini agak tinggi kot, semua ini perlu diambil kira.

Abang sulung sudahpun memiliki tali pinggang merah hitam tetapi masa itu dia masih di bawah umur, jadi tidak boleh memegang senjata, setelah mencapai usia 18 tahun, dia pula sambung belajar, sekurang2nya mereka ada ilmu seni pertahankan diri.


 
Nota: Minggu kedua selepas latihan, Alya terus jalani latihan di rumah, kemain lagi dia 'melakukan tendangan tinggi2', si ibu dijadikan mangsa untuk pegang 'Kicking Target', penat anak oiiiiiiiiiiiii.

15 ulasan:

Aisy Nasiha berkata...

Bagusla alya sdiri yang minta nk sertai aktiviti ni.. saya nak jg htr naim ke kls taekwando tp dia tak nak.. bj dh beli pun.. mujur saiz besar, harap tahun depan naim bersdia nk join dna bj tu muat lg

ayukhairy berkata...

Akk beli kat mana kicking target tu ye & berapa rm..mcm menarik gak tu..boleh praktis kat rumah

ayukhairy berkata...

No phone ayu yg sama gak

Umialya berkata...

Ayu..
Akak beli dgn Master (jurulatih), lupa dah harganya sbb beli untuk kegunaan anak sulung dulu..

Nor Azimah Ali berkata...

Kt tadika saya ni pun ada taikwando tiap ahad, sebulan rm60, lagi mahal kan.
Semangat betul alya yea.

Etuza berkata...

asalam, tahnia...semoga berjaya kemahiran silat.

E'in berkata...

bagus2 alya nk bljr taekwando.. lps nie takde sape berani buli.. haha

Ena berkata...

wahhhhhh..

clap clap untuk alya
baguskan anta anak kelas mcm ni

arzmoha berkata...

Wah biar betul. Ibu jurulatih di rumah. Betul lah orang kata kan umi alya. Semuanya datang dari rumah. Belajar dan kena praktik di rumah.

Bagus ada ilmu pertahankan diri. Macam zaman dulu rata rata mempelajari ilmu pertahankan diri

arzmoha berkata...

Kan... Belajar untuk membantu orang lain juga yang teraniaya

arzmoha berkata...

Betul tu cikgu etuza. Semoga semakin mahir

arzmoha berkata...

Mahal juga kan...

arzmoha berkata...

Umi alya belajar taekwondo juga ka

Mat Som Sadona berkata...

Hebat Along ya

dlm keadaan jenayah semakin bertambah ni
penglibatan Alya dlm Tekwando ni amat2 tepat sekali

Bukan semua ibu bapa yg sanggup menghantar-mengambik anak ke
latihan Tekwando ini

tahniah Alya..syabas Umi nya yg gigih

OKje berkata...

Anak kita masuk taekwando separuh jalan weyh...sudahnya menganggur jer baju sampai kuning...

Dia tengok kakak abg dia masuk teakwando tu yg dia minat agaknya tu

 

Copyright © 2012 Reserved to Diari Hidupku
Design by Cik Kumbang