Isnin, 18 Januari 2016

Isnin, 18 Januari 2016

Fasa Baru Si Manja Kami

Pejam celik, pejam celik, 7 tahun sudah usia Alya. 

Rasanya baru semalam lahirkan dia.

 
Hari pertama pendaftaran, duduki ujian penilaian untuk menentukan kelas.

Alhamdulillah setakat hari ini, Alya rajin ke sekolah dan jika punyai kerja rumah, dia akan terus siapkan sebaik sampai di rumah. 

Jika tahun2 sebelum ini, saya tidak beri penekanan terhadap pembelajaran dia, maklumlah masih belajar di tadika, Insya Allah tahun ini cuba beri masa & tumpuan sepenuhnya kepada dia. "Azam baru seorang ibu bekerjaya, chaiyokkkkkkkkkkkkkkkkk.."

 
Bekalan hari ini
Spaghetti Carbonara + buah mangga 

Saya pastikan Alya bersarapan pagi sebelum ke sekolah dan membawa bekal bersama, hari ini katanya dia teringin makan kentang goreng yang di jual di kantin sekolah, maka kali pertama juga dia belajar membeli makanan di kantin.

 
Minggu lepas kasutnya tertukar dengan rakan sekelas, asal saiz 12 tapi yang dapat saiz 11 cuma, tidak habis2 dia mengeluh mengenai kehilangan kasut asal dia. "Kasut Alya bersaiz 12, bukan 11, Alya dah bagitau Cikgu, Cikgu suruh pakai jer kasut yang ada...", berulang kali dia ulang ayat yang sama hinggalah ke hari ini.

Bukan salah anak, bukan salah sesiapa tapi salah diri sendiri, mulalah terasa diri ini bak Pak Pandir 'yang tanda dengan pen marker hitam jer di sisi apakah hal? sudahlah kasutpun berwarna hitam, nasib baik ada sepasang lagi kasut baru,'

"Gilir2lah anak, kasut bersaiz 11 itu,  boleh pakai semasa aktiviti PJ, kalau comotpun tak sayang, agak2 tak muat nanti, kita ganti kasut baru"

Nota:  Alya berminat untuk belajar taekwando (Ingin ikut jejak langkah kakak & abang2nya) tapi jadual padat, kelas fardu ain habis jam 5.30petang, kelas taekwando pula bermula jam 5.30-7.00petang..pening nak mikir..

13 ulasan:

AMIIZAA@Mieja berkata...

sebaya balqish:)

QasehnyaRania berkata...

kejap je kan..
alahai sian alya.. x jumoa blk ye kasut saiz 12 tu

Qaseh Suhaida berkata...

Nampak alya seronok aje ke sekolah.

Diya Hanun berkata...

ala ksiannye...ksut tertuka..msti dia sedih

arzmoha berkata...

Semoga berjaya memberi tumpuan buat alya

arzmoha berkata...

Kesian kasut tertukar... Tentu rasa tak puas hati kan

arzmoha berkata...

Semoga bertemu semula kasut alya

THE KEHALUSAN KELEMBUTAN berkata...

Salam wah alya cerdik sangat :)

Nor Azimah Ali berkata...

Si umar zikri plak kwn suka main pijak kasut, dahla kasut putih..
Wah senang alya kasut hitam, comot tk nmpk, tapi tertukarla plak ye

Kakzakie Purvit berkata...

Ya Allah comelnya Alya
Auntie rindu tengok anak-anak comel macam ini

Kasut tertukar, stationery tertukar perkara biasa budak tahun satu. Tapi cuma bagusnya Alya tak cengeng ada yg menangis bila tengok bukan dia punya atau hak dia hilang.

arzmoha berkata...

bekal bento juga ka ni

eita berkata...

bagus betol bawak bekal...takde lah nak berebut2 masa rehat

Etuza berkata...

Asalam wah ..semakin sibuk sejak alya tahun 1 kan..tak apa tanggungjawab kita sebagai ibubapa..moga berjaya ya..

 

Copyright © 2012 Reserved to Diari Hidupku
Design by Cik Kumbang