
Sepetang di Genting Highlands
Iaitu 3 hari sebelum menyambut Ramadhan, kebetulan pada masa ini cuti sekolah yang agak panjang, jadi semasa balik kampung, kami membawa beberapa orang anak buah aka sepupu Alya balik ke rumah bersama.
Alya dan sepupunya
Seronok Alya punyai kawan, walaupun mereka jarang2 bertemu, keakraban tetap terjalin, talian persaudaraan katakan.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sepetang di Cameron Highlands
Bawa anak2 buah merasa udara sejuk di tanah tinggi.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kisah 1 Syawal..

Demam mula melanda pada akhir Ramadhan aka sehari sebelum Aidilfitri, kebetulan pula pada hari tersebut, saya masih lagi bekerja dan apabila balik ke rumah untuk memasak sebelah petangnya, bekalan air terputus, maka hari itu kami berbuka secara ala kadar, kebetulan pula air tangkipun hanya tinggal sedikit sahaja dan kami perlu menyimpan untuk mengambil wuduk dan kegunaan yang lebih penting.
Seawal jam 1:00 pagi (1 Syawal), saya tersedar dari tidur dan meninjau bekalan air paip, Alhamdulillah sudah ada air tapi dalam kuantiti yang sedikit, gagahkan diri untuk mengemas rumah dan memasak untuk juadah di pagi Syawal.
Aiskrim homemade khas untuk Aidilfitri
Pagi syawal, sempat siapkan lagi satu adunan muffin untuk jamuan raya tapi tak ada gambar, ia menjadi pilihan tetamu, tak sempat nak agihkan sikit kerumah abang, habis pagi raya juga.
Sememangnya sepanjang 1 Syawal, saya tidak berkesempatan untuk rehatkan badan, selepas solat raya, rumah diserbu dek tetamu2 kecil merupakan anak & cucu jiran tetangga untuk beraya di dalam jumlah yang agak ramai (sekali datang berbelas orang).
Amat kalut ditambah dek bekalan air yang sedikit untuk membasuh pinggan mangkuk, belum sempat mencuci, tetamu merangkap rakan dan jiran tetangga pelbagai kaum bertali arus datang beraya. Niat untuk beraya ke rumah abang no. 4 terpaksa ditangguhkan hingga ke petang.
Sesudah tetamu agak reda, badan mula terasa penat, sakit badan, lenguh2 semua ada dan demam semakin bertambah tapi tetap gagahi jua untuk balik beraya ke rumah abang dan ketemu saudara, maklumlah semangat raya tetap ada walaupun kali ini tidak berkesempatan untuk balik kampung seperti tahun2 sebelumnya.
Seperti tahun2 sebelum ini, saya agak berkira untuk membeli biskut2 raya walaupun sebekas cuma, sibuk camner sekalipun dengan tugas harian, nak juga buat sendiri, maklumlah kalau dah diri tu 'PERAHSANTAN' lebih, minda dok asyik jer kata, homemade lagi sedap.. (xmo kecam saya k, gurau jer hu3)
Sempat buat 2 adunan Tart Nenas menggunakan 5 biji nenas untuk jem, lain2 seperti Almond London (3 adunan), Kek Permaisuri (beberapa adunan) - banyak diagihkan kepada rakan2 sebagai buah tangan serta beberapa jenis lagi biskut (kesemuanya tak bernama sebab adunan mengikut bahan yang ada & citarasa tersendiri).
Malangnya waktu itu terlupa diri seorang blogger, maka tiada le gambar kuih muih rayaku, kesemua makanan ini cuma bertahan tak sampai 3 hari selepas raya, habis, jadi dari masa ke semasa & untuk jamuan raya di sekolah anak2 & Kelas Fardu Ain Alya, gigihlah juga membakar biskut (tak kira Syawal dah nak abispun) selagi bahan2 mentah masih banyak di dalam simpanan, simpan lama2kan rosak, untuk raya haji, kita kira kemudian.
Saya cuma membeli beberapa jenis kerepek2 tradisional (itupun homemade dari rakan2), maklumlah selera tinggi benar, xmo kuih muih dari kilang @ stok yang telah lama, bak kata pepatah, "alah membeli, menang memakai..."
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Minggu ini iaitu di akhir Syawal, saya baru berpeluang untuk berpuasa (Alhamdulillah tinggal sehari jer lagi..) dek kesihatan kurang mengizinkan, sebelum ini saya jarang2 demam (Cuti sakit terakhirpun semasa lahirkan Alya 7 tahun lepas) tapi bila dah demam tu, mulalah melarat (3 serangkai: Demam, batuk & selsema) & berpanjangan, apapun kerja tetap kerja, kena kuatkan semangat dek kekurangan staf.
Menu berbuka puasa hari ini,
Alhamdulillah bersyukur dengan nikmat yang di beri..
Pencuci mulut dengan Jeruk Mangga Asam Boi
Maaf ayat tunggang langgang & entri bercampur2, bak kata orang sekali harung.
Jangan ditanya entri seterusnya, entah le bila? tengok dulu kepada mood yang ada., maklumlah angin kerajinan belum mari sepenuhnya.
















9 ulasan:
Sekali harung buat semua cerita
Busy sangatlah tu ye:)
akk dah sihat ke ni...jaga kesihatan ya kak..
alya nampak tinggi betul ya, makin cantik dia...
menu berbuka akak tu..mak ai..menyelerakan laaaa
Sesekali buat penampilan istimewa, memang kena balun semua dalam satu ~_^
Susahnya kalau air takda ni. Saya memang seriau tau kalau tengok batang paip air menitis hendak tak nak aje. Mulalah saya gabrah penuhkan segala bekas dalam rumah tu untuk dibuat air simpanan. Maklumlah saya dan air memang tak boleh berpisah, nanti cepat datang stress!
Nasib baik dalam pada tak sihat tu sempat juga sediakan apa yang perlu untuk menyambut Syawal, mampu lagi meraikan sanak-saudara dan kawan-kawan yang datang. Kalaulah saya, memang ambil dasar tutup pintu kot! Itu pun kalau kat rumah sendirilah. Kalau kat kampung no hal punya, kakak-kakakkan ramai nak melayan tetamu ^_^
Untunglah Genting dan Cameroon dgn dengan kampung UA....tekan minyak je sampailah....SELAMAT HARI RAYA YANG KE 25 UA..
asalam, bestnya...sepetang bersiaran..selamat hari raya maaf zahir batin..masakan mantop lah umi..
Semput mak baca tau geng!hihihi...
Sure suka budak budak tu dapat ikut makcik dia berjalan merasa udara sejuk di puncak GH dengan CH....
Alahai siannya geng. Awak demam ke? Penat keje tu. Ambiklah peluang berehat, cuti ke. Demam demam pun masih larat lagi nak masak pagi Raya tu. Masak muffin pulak tu. Tapi yelah nak diharap sapa lagikan kalau bukan kita emaknya. Pagi Raya dah tentulah anak anak nak makan masakan Raya.
Kalau tak de sapa yg datang boleh tahan lagi. Ni kalau dah kena serbu mmg menggelabah le dibuatnya. Nak beli pinggan polistrin pun tak sempat.
Kesian awak geng.... air pulak kecik. Dapat bayangkan tu macamana lecehnya....
Tu diaaaa.... laksa faveret tuan blog....mmg mengancam sungguh
Lama tak tengok Alya.. dah besar panjang dia...
akak ni rajin sokmo...
saya balik Msia terus gantung oven...
Hahaha, semua main tunjuk skrang ni :)
teringin nak bwk anak2 ke genting tau.
masih xde slot lagi.
cameron da bwk da just may be next year nak repeat.
skang ni busy nurin nak peksa :)
satu entry tapi byk citer :)
terbaik la!
makin comel si Alya ni
Catat Ulasan