
Hari minggu baru2 ini kami ke Cameron Highlands, aktiviti yang tidak dirancang, tiba2 si Alya teringin makan Strawberi Coklat + Madu.
Bertolak dari rumahpun jam 2 petang, jalan pelan2 sambil menikmati keindahan alam semulajadi.

Cuaca baik dan redup, paling penting jalan tidak 'jem"
Singgah di Ladang Teh

Tidak turunpun sampai ke bawah, maklumlah jalan agak licin + becak, risau tergolek nanti kami 2 beranak, mungkin hujan pada malam sebelumnya.

Selepas waktu azar, kami ke sini pula bagi menunaikan hajat si cilik kami

Yeayyyyyyyyy..inilah tempat yang ditunggu2 dek Alya tapi kena berhati2 ya semasa mengambil pesanan, risau pekerja terlepas pandang.
Pada hari itu diaorang tercicir nak bagi kentang goreng + jus strawberi, nasib baik sedar, terus ambil semula bil yang telah diasingkan & minta menu yang tiada. (Lagipun ia sudah berbayar, mahal pula tu)
Strawberi Coklat RM18/set
Macaroon RM3.90/biji

Hahhhhhh tengok tu, makan sampai comot mulutnya, puas hati weyhhhhh

Sedap tak sayang?

Bersantai sambil menikmati tanaman menghijau

Sebelum ke Pasar Malam, kita berposing dulu

Sebagai kenangan

Belanja gambar tuan rumah sekeping
Malam itu, kami bersteambot di Ayu Steambot, Brinchang
Pakej RM20/orang
Kuah sup + tomyam
Keesokan harinya..
Tiba2 terima kejutan dari Alya buat si ibu
Jus Strawberi bersirap ciptaannya
"sedap weyhhhh.. "
Psssttt: Program untuk Chef Cilik ada tak? boleh hantar Alya uji bakat memasak, mana tau Ibunya "terglemer' lebih, ahakkkkkkkk...













11 ulasan:
Saya tk dpt round byk tmpt ritu, hujan weyh sehari kamis tu,tk syok nk jln.
Tapi bunga3 mmg cantik kan, even bunga tepi jln pun cantik, cuba bwk turun tanam kt bwh, habis semua mati.
Dapnya stoberi bercoklat, nyum,nyum..
Singgah lagi, mencicip straberi coklet.
Bila nk dtg minang, hihi?
Sedapnya makan strawberi... terliur pulak jadinya. Nak tunggu naik CH baru nak makan strawberi, entah bilalah agaknya sampai. Nak pergi, nak pergi, tapi perginya tak juga! Stress mak!
Assalamualaikum UA
Wah ...bertuahlah umah dekat Cameroon Highland, bila2 boleh pergi sana...Dari K.L ke sana agak2 berapa Km ya?
Apapun semoga UA sekeluarga sentiasa berbahagia dan happy selalu..
NA..
Hahhhhhhhhhhhhh??? larikkkkkkkkkkkk..
MD
Meh le kita pergi CH, mana tau kot2 terserempak di antara kita bertiga (MD, OKje & UA)
Cikgu Mat Som
KL tu Kuala Lumpur @ Kuala Lipis??
Kalau Kuala Lipis, lebih kurang 133KM, Kuala Lumpur 200KM
Alah geng....tengok gambar awak ni kita pun mcm teringin pulak nak gi CH. Lama dah tak pergi ni.
Kalau pergi sini nak cuba cari Big Red Stroberi ni. Nak makan stroberi mcm Alya. Tetiba kecur pulak dah.
Berapa jam dari rumah awak ke CH geng.
Lebih kurang 2jam..
Amboi! sedapnya sampai comot-commot mulut:)
KakZakie..
hi3.. buah kegemaran dia tu
Untungla jadi Alya...request apa pun mesti dpt..ehh betul ke ��
cantik pemandangan kat sana kan ...teringin nak ke sana
Catat Ulasan