Senja masih lagi di Lebuhraya
Kisah berlaku beberapa hari yang lepas iaitu semasa balik dari tugasan di luar daerah, bagi ahli tetap Aweks Blogger, diorang tahu haluan saya, tiba2 hari itu terajin pula bersembang setelah lama menyepikan diri, jika tak sunyi sepi "WhatsApp Awek Blogger" setelah masing2 membawa haluan sendiri.
Petang itupun kecoh disebabkan masakan enak Ikan Kunyit oleh blogger hebat awet muda gitu (rata2 dari kami tidak mengenali ikan kunyit... hu3..)
Keesokkan harinya, tugasan luar habis lewat petang, kami terus bertolak balik ke daerah masing2, saya bersyukur sebab sentiasa ditemani oleh 'Insan Terchinta' yang setia bersama, masuk waktu maghribpun kami masih di dalam perjalanan, hari itu tidak singgah ke mana2 sebab kejarkan masa, jika boleh tidak mahu sampai ke destinasi lewat malam, kesian si Alya dirumah pengasuhnya, lagipun jika hari2 sekolah, dia tidur awal.
Apabila terjumpa masjid, kami singgah untuk solat jamak Maghrib dan Isyak, selepas itu teruskan perjalanan dengan melalui jalan2 kampung yang agak gelap dan tiada lampu jalan, kami berbual2 kosong sepanjang perjalanan, pelbagai topik dikeluarkan.
Bersyukur sebab ada 2 buah kereta di hadapan, jadi kami dapat melihat dengan jelas di bahagian depan dan boleh dijadikan kawan di jalan yang gelap, sunyi dan tiada rumah orang, lebih kurang kawasan seperti hutan hinggakan apabila tiba di suatu tempat, tiba2 muncul kelibat susuk tubuh lelaki berjalan laju ke arah bertentangan dengan kami (jika betul2 orang biasa, pastinya kami boleh melihat dengan jelas dari jarak jauh lagi sebab 2 buah kereta di hadapan banyak membantu dan sepanjang perjalanan di laluan ini saya hanya memandang ke depan, bagi tumpuan w/pun suami yang bawa kereta) betul2 di bahagian depan iaitu sama baris dengan tempat duduk saya di bahagian penumpang.
Allahuakbar terdetik dihati saya, pasti terlanggar sebab jika diikut secara logik, kita tidak akan sempat brek kereta sebab jaraknya dengan kereta kami selangkah dua cuma lagipun ia berjalan laju dari arah bertentangan dan di tengah jalan raya (bukan laluan penjalan kaki), apabila suami mengeluarkan ucapan tanda syukur tiada kenderaan dari laluan sebelah sebab kami sudah memasuki keseluruhan laluan bertentangan bagi mengelak dari terkena makhluk tersebut, barulah saya tersedar dan berfikir, mungkin inilah salah satu puncanya kemalangan2 maut yang selalu mengaitkan kemalangan disebabkan oleh kenderaan memasuki laluan bertentangan.
Saya menoleh ke sisi kereta untuk melihat keadaan tapi tidak kelihatan bayangnya, anggaplah tiada apa2, akhirnya perjalanan kami ditemani ayat2 ruqyah, masing2 diam membisu, sampai sahaja di rumah periksa keadaan kereta, alhamdulillah tiada kesan terlanggar apa2..
Nota: Selama ini selalu mendengar cerita bukan2 di kawasan tersebut tapi anggap ia sekadar cerita dongeng, selama kami melalui jalan ini sejak berbelas tahun lalu.. bertawakal sebab inilah laluan kami, seboleh mungkin cuba elakkan melalui kawasan tersebut di waktu malam tapi dek tugasan, itulah hakikatnya yang akan kami tempohi.
Suami pernah terkena sebelum ini, laluan yang sama, berhenti buang air kecil di tepi jalan waktu tengah malam sebab tidak dapat kawal, nak tumpang tandas masjidpun tak ada, jadi sepanjang malam dia tidak dapat tidur sebab diganggu sedangkan saya dan anak2 lena, sejak hari itu dia serik dan jadikan sebagai pengajaran.
Suami pernah terkena sebelum ini, laluan yang sama, berhenti buang air kecil di tepi jalan waktu tengah malam sebab tidak dapat kawal, nak tumpang tandas masjidpun tak ada, jadi sepanjang malam dia tidak dapat tidur sebab diganggu sedangkan saya dan anak2 lena, sejak hari itu dia serik dan jadikan sebagai pengajaran.









3 ulasan:
Aduhhh, seramnya UA.. Naik cemas membacanya. Nak komen pamjang pun kita tak arif pebendanya, tapi yelah.. benda ni nak menguji kita juga kan, nauzubillahh... Minta dijauhkan..
UA seramnya...nasib baik suami UA dpt kawal keadaan.Syukur takde apa2.
Ngeri tu... nampak jelas ke geng? Hish.... meremang tak bulu roma? Nasib berdua kan... kalau sorang sorang mau panik dan menggigil tu... takut terbabas je.
Ha a kan, agaknya yg selalu berlaku eksiden sebab kes kes mcm tulah.... Nauzubillah
Catat Ulasan