Isnin, 12 November 2018

Isnin, 12 November 2018

Terpaksa @ dipaksa

Semalam adalah pengalaman pertama menjaga seekor anak kucing selepas pemandulan setelah ia berusia 4 bulan setengah..

My sweet heart.. 

Sebelum memandulkan ia,  kucing perlu menerima suntikan immunisasi yang lengkap (3 dose) dan dipuasakan sekurang2nya semalaman kecuali dibenarkan minum air,  memandangkan 'umi'nya tak sanggup biarkan ia kelaparan,  kami rela menghantar awal ke klinik veterinar dan kembali mengambil keesokkan harinya walaupun jarak yang agak jauh. 

Muka stress,  seakan tahu ia akan ditinggalkan. 


Abang kembarnya,  resah gelisah sepanjang hari,  tiada kawan bermain dan bergurau senda, pagi esoknya masih mencari di segenap rumah, sayu hati melihatnya  dan hampir menitis air mata,  itu adalah seekor kucing tapi kasih sayangnya tidak berbelah bahagi. 

Selepas dimandulkan,  masih belum sedarkan diri. 

Asalnya cuba kurungkan ia ke dalam sangkar supaya dapat rehat sepenuhnya tapi ia resah gelisah dan ingin keluar walaupun ketika ini kesan ubat pelali masih ada, berjalanpun belum stabil. 

Malamnya baru boleh diberi makanan,  tetap berselera walaupun di dalam keadaan mamai, siap makan, terpaksa kurungkan ia ke dalam sangkar, risau jika ia memanjat @ berlari. 

Lega 'Sweet' dapat menyusu ibunya, si abangnya pula bersihkan badan adiknya, mungkin ia tahu si adik belum mampu  untuk mencuci badan sendiri. 

Hari kedua, buka jer sangkar,  terus melompat keluar,  memanjat kerusi dan sebagainya, paling meluruhkan jantung kami,  gurau senda kasar 2 beradik awal pagi tadi, langsung tiada pantang larang, fuhhhhh kusssss semangat... 

Nota: Hari ke 3 perlu diberi antibiotik sebiji sehari selama 7 hari,  selepas seminggu perlu dibuka jahitan, tengok pagi tadi,  sikit jer jahitannya 1@2 shj,  rasa nak buka sendiri  benang jahitan tu.. 🤗🤗🤗

Terkurung seketika bagi memberi ruang umi vakum & mengemop, bila dah bersih,  bolehlah bebas semahunya..  

Kemaskini. . Tak sampai 24jam dah berlari ke sana ke mari, bab makan minum langsung tiada masalah,  selera sokmo.. 🤗🤗🤗

Hukum memandulkan kucing

Jika dah gini,  bukankah zalim namanya? 

12 ulasan:

Nor Azimah Ali berkata...

Berapa kos nak mandulkan kucing tu UA?

Umialya berkata...

NA..
Bergantung kpd tempat..
Kucing betina: RM120

Etuza berkata...

Wah..di sini makin membiak ..makin banyak..apapun ada jg yang mati ..bukan tak di jaga baik2 tetapi kurang di susukan oleh ibu dia

Umialya berkata...

Cikgu Etuza.
Jika tak mati, tentu lebih ramaikan.. 🤗🤗🤗

Nor Azimah Ali berkata...

Satu soklan sensetip sikit, errrrr..
Nnt kucing tu tak nak kawen la ek ke camane, hihi..ke ada gak napsu dia..

Umialya berkata...

Jika ikut pemahaman saya, nafsu untuk mencari girlfriend atau boyfriendpun tiada..
🤗.

Kebaikan jika dibuat awal, kucing akan lebih sihat, kurang agresif, jangka hayat lebih panjang, kurang kencing merata2 & kurang risiko untuk kanser payudara.

Rujukan: (DVM - Buku Doktor Vet Menulis)

Ainniah Zulkefli berkata...

first time dengar pasal mandulkan kucing. Sebab saya sendiri pun tak pernah bela kucing hehe

Umialya berkata...

Ain. 😁😁😁😁

Etuza berkata...

Dah klik vedio ..ralat pula ..nak sangat dengar

Umialya berkata...

Cikgu Etuza..
Mungkin line slow kot, lain kali cuba lagi.. 🤗

OKje berkata...

Lega dah awak ye geng .....kurang sekor kucing betina yang boleh beranak. Maknya awak tak mandulkan jugak ke?

Umialya berkata...

Dalam perancangan juga ni, kena lengkapkan suntikan, ingat biarlah anak lepas susu dulu..

Sementara ni bg pil perancang.. (sebenarnya berbelah bagi lagi ni, kang langsung xder baka, sudahlah ibunya comel bangat.. hu3)

 

Copyright © 2012 Reserved to Diari Hidupku
Design by Cik Kumbang