Isnin, 10 Disember 2018

Isnin, 10 Disember 2018

Ala2 Pets Shop katanya..

Jumaat lepas,  cuba selamatkan seekor kitten jalanan, sebelum ini agak sukar untuk mengambilnya,  sekadar mampu bagi makan dari kejauhan, itupun kadang2 sahaja ia munculkan diri. 

Adik beradik comot,  16/10/18 selamatkan ia selepas terjatuh ke dalam longkang  di belakang rumah, selepas ini lepaskan semula sebab ia masih menyusu ibunya. Ditemui mati seminggu selepas itu. 

Pagi jumaat baru ni,  Comot datang serahkan diri ketika saya sedang memberi makan kucing jalanan yang berada di belakang rumah. 

Luluh hati takkala memegangnya,  tinggal rangka cuma dan keadaan yang amat lemah.

Ambil dan lapkan dia,  kami namakan COMOT seiring dengan keadaan semasa dia.

Sepanjang hari saya bekerja, Alya dan kakaknya yang menjaga, di dalam sangkarnya telah diletakkan pasir dan makan minum, Comot sentiasa berada di dalam bekas pasir,  rupanya dia cirit,  Alya mengambil tugasan membersihkan badannya yang terkena najis,  kami ingatkan Comot belum pandai menggunakan pasir sebab selepas ia membuang,  tidak ditimbus dan baring ditempat yang sama. 

Keesokkan hari Comot mati tanpa sempat kami membawanya berjumpa veterinar. 

Comel pula mengambil alih tempat Comot di hari sama ia mati,  tak pasti samada ia dibuang atau tersesat di depan rumah, kondisinya sama dengan Comot, yang tinggal hanyalah rangka,  selepas bagi makan,  cuba lepaskannya semula di laman rumah tapi ia tetap tak mahu berganjak,  maka dengan terpaksa rela, kami membawanya masuk ke dalam rumah. 

Risau pula jika ia dilanggar kereta / motor, setelah lebih 24jam di rumah, keletahnya semakin aktif dan sama2 berebut makanan dengan kitten kami yang lain, jika kitten lain boleh berkongsi bekas makanan tapi berbeza dengan ia, 'jika boleh semua makanan ANA yang punya'.. Amboiiii Comel,  badan kamu 2 kali ganda lebih kecil  dari kitten yang ada w/pun kamu berpangkat abang..🤗🤗🤗

Comel dapat ibu susuan,  alhamdulillah,  bagus Mel,  umi sayang kamu.. 

"Apa2pun kamu jangan lupa asal usul kamu ya Comel, cuba rendahkan diri sikit, risau jika abah tengok kelakuan awak yang xmo mengalah..   🤗,  diapun dah bising dan siap berpesan,  cukup2lah kutip kucing" ha3.

Update: 15/12/18.. Oyen pula datang menumpang kasih, anak bujang bawa balik bila jumpa ia keseorangan,  agak berat hati nak terima tapi bila tengok matanya,  luluh hati,  kesian kamu, kecil2 dah terpisah dengan ibu.. 

Tiba2 jatuh cinta pada budak kecil ini.. 🤗

Nota: Moga cita2 Alya menjadi seorang Veterinar tercapai, aamiin..

Gambar hiasan
Buah hati pengarang jantung umi,  telah dimandulkan pada 1/12/18 di usia 5 bulan 1 minggu, nakal yang amat woo, kadang2 penat kami kejar, suka keluar rumah senyap2.

Hobinya mengawal laluan pintu utama, pantang pintu dibuka,  terus pecut laju.. ..🤗🤗🤗

15 ulasan:

Nor Azimah Ali berkata...

Wah bagusnya nak jadi vet, jarang org melayu nak jadi vet ni, toklaki den dulu dari jurusan vet tukar lain sbb tak minat.

Dah comel dah si comel tu. Buat sangkar besar kat luar rumah la, boleh bela byk lagi hehe

Umialya berkata...

NA
Kucing2 kami semua dalam rumah, kitanya tak nampak dunia luar jika tak lepaskan..

Cuma dihari minggu @ waktu petang, saya letak gate di muka pintu dapur sebagai penghadang, biarlah deme ambil angin luar..

Umialya berkata...

Kiranya tak nampak dunia luar ***

THE KEHALUSAN KELEMBUTAN berkata...

moga cita cita alia tercapai Aamiin

Umialya berkata...

mudah2an, aamiin..

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

Innalillahiwainnailayhirojiuun..
Siannyaa si kecik tu.. terbujur kaku.

Umialya berkata...

Itulah Sam.. terkesan hingga hari ini sebab ia abiskan hayatnya di depan mata..

Etuza berkata...

Asalam sedih membaca cerita ini. Rupanya ada taman dalam hati.
Moga impian seisi keluarga tercapai. Cita2 harus dari kecil..

Depan pintu tu dia nak membuang agaknya seperti kucing sini Moiza namanya...siap awal pagi depan pintu..ada hajat dia

Etuza berkata...

comelnya blus

Umialya berkata...

Rasanya tak kot Cikgu sebab depan rumah bersimen. .

Umialya berkata...

Lagipun dari usia 2 minggu anak2 kucing dah diajar potty training (ada pasir masing2 dalam rumah)

Etuza berkata...

Asalam semoga Jumaat ni Allah limpahkan kegembiraan kerana amal2 baik di hari Jumaat dan hari lain di sukaiNya. berbaik dgn kucing satu sunnah nabi SAW

ejulz berkata...

comel.. tp ejulz takut kucing. hehe

Siti Yang Menaip berkata...

ala geramnya comel2.. bagus ibu tu kasi tumpang =D

OKje berkata...

Besar pahala awak geng.... kita ni tak berapa rajin nak rawat kucing .... bagi makan bolehlah hihi...
Yg suka kucing kat rumah ni si bongsu kita geng.
Bagus si Mel tu ye.... tak kedekut susu...

Yelah geng .... tengok mata si hitam putih tu sayu betul

 

Copyright © 2012 Reserved to Diari Hidupku
Design by Cik Kumbang