Rabu, 1 April 2020

Rabu, 1 April 2020

Doa dari kejauhan..

Semalam 31/03/2020 merupakan hari pertama anak bujang melaporkan diri sebagai salah seorang anggota kesihatan, moga semuanya berjalan lancar dan dipermudahkanNya, aamiin..

Alhamdulillah nasib baik anak lelaki, maka tiada kegusaran di hati kami walaupun dia memandu keseorangan tanpa ditemani ibubapa, lagipun Malaysia kini di dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kita perlu patuhi arahan agar wabak ini (covid-19) segera berlalu dan menyelamatkan semua.


Ingat abang pesanan, "Kita kerja dan menolong orang kerana Allah, barulah ada keberkatan"

😂😂😂

~~~~~~

11 ulasan:

Amie berkata...

Allahu Akbar.
Allah akan sentiasa memelihara anak bujang Umialya. Sudah tiba masanya untuk berbakti kepada agama, nusa dan bangsa.

Mat Som Sadona berkata...

Selamat berkhidmat untuk negara untuk Putera Umi Alya . Tugas sekarang sudah tidak sama seperti masa lalu, kerana kita berada di era peperangan
Dengan musuh yang tidak nyata

Semoga sentiasa dilindungi Allah.

Etuza berkata...

Alhamdulillah, ya Allah selamatkan anak Umi ni..sesungguhnya mereka lah yang berjuang hadapi V Covid-19 ini. Selamatkan mereka ya Allah.

Etuza berkata...

Sampaikan salam padanya ya

Nor Azimah Ali berkata...

Yang sulung ke UA?Alhamdulillah..banyak pahala utk dia, Allah bagi peluang utk dia berjuang di barisan depan di saat2 genting camni. Maknya banyak2 kan doa selalu, in shaaAllah selamat.

Etuza berkata...

Semoga beransur reda..kita tak mampu melainkan berdoa padaNya

OKje berkata...

Dah kerja eh..... Tahniah Syafiq....ingat pesan umi tu. Selalulah pi KL lepas ni kan geng. Jangan lupa calling calling.
Betul tu, anak bujang ni kita kurang sikit risaunya. Tapi tulah tengah musim wabak mcm ni risau jugaklah kan

cahayahidupku.blogspot.my berkata...

Tabarakkallahu..
Semoga dipermudahkan segala urusan Dan didalam Pemeliharaan Allah SWT jua buat anak UA..

insan marhaen berkata...

kerja di barisan hadapan, kerja mulia. muga sukses...

Tengku Sofia berkata...

Semoga dipermudahkan segala urusannya

eita berkata...

alhamdulillah..moga selmt semua nyer..berbakti utk negara

 

Copyright © 2012 Reserved to Diari Hidupku
Design by Cik Kumbang