Selasa, 12 Oktober 2021

Selasa, 12 Oktober 2021

Perjalanan bekas pesakit Covid 19

Tanpa disangka saya juga telah dijangkiti Virus Covid 19,  pada 25/09/2021 group pejabat di peringkat negeri telah diarahkan tutup seketika memandangkan terdapat seorang pelajar praktikal telah disahkan positif.

Kebetulan pada 21/09/2021 saya singgah seketika di sana untuk berikan dokumen dan mengambil barang, keesokkan hari saya mengalami sakit kepala yang agak teruk dan ia hilang setelah mengambil panadol 2 kali, 23 & 24/09/2021 saya kembali bekerja.

Terus minta anak sulung belikan kit dari farmasi, keputusannya double line (positif), terkedu seketika, anak bujang terus buat temujanji di Klinik Swasta untuk dapatkan kepastian.

Ujian RTKpun positif, maka bermulalah kehidupan saya sebagai seorang pesakit covid dan mula kuarantinkan diri sendiri, suami dan anak2 adalah negatif dari ujian melalui kit.

27/09/2021 Ujian PCR dari KKM untuk saya dan kontak rapat iaitu suami dan anak2 serta seorang rakan sekerja.

29/09/2021 keputusan terima, saya tetap positif tapi masih diperingkat permulaan manakala kontak rapat adalah negatif, alhamdulillah saya tidak menjangkiti yang lain dan saya redha menerima keputusan ini, adik ipar terus menghubungi pihak KKM berdekatan untuk pindahkan saya segera ke Pusat Kuarantin memandangkan keadaan rumah tidak sesuai untuk jalani tempoh kuarantin sendiri.

Maka bermulalah saya sebagai seorang pesakit covid 19, kehidupan di Pusat Kuarantin tidak seperti dijangka, dari permulaan lapor diri, saya telah disambut oleh rakan2 yang lain dengan mesra, tiada rasa jurang perbezaan walaupun kami terdiri dari pelbagai latar belakang, bangsa dan agama.


Pesakit silih berganti, setiap hari pasti ada yang keluar dari pusat kuarantin dan akan diganti dengan pesakit yang baru.


Makan minum disediakan 3 kali sehari, Alhamdulillah dan diblok kami sentiasa ada makanan sampingan seperti biskut, roti, gula dan kopi yang diwakafkan oleh sesama kami dan ada juga stok makanan dihantar oleh bekas penghuni yang telah balik ke rumah.

Semasa di sana, kami sentiasa menjaga kebersihan, masing2 punyai peranan tanpa paksaan, kami ibarat sebuah keluarga besar yang bahagia.

Akhirnya setelah tamat tempoh yang ditetapkan, saya melangkah keluar dengan perasaan sayu, sayang nak tinggalkan rakan2 yang dianggap keluarga sendiri, terima kasih semua, saya amat menghargai persahabatan kita selama berada disana, ke sana ke mari sentiasa berteman, kami tidak akan dibiarkan keseorangan hatta untuk.ke bilik airpun.

Bye, bye semua, insya allah jumpa lagi

Nota: Banyak error typing, maklumkan melalui telefon, ada masa saya edit.

4 ulasan:

Etuza berkata...

Asalam..dapat saya rasakan apa yang UMI Alya alamai bila updated kan, guna phone..

baru tahun 2021, saya agak kerap udated blog guna smart phone..ni pun anak belikan phone yang the lates VIVO y33 paling terbaru..

Etuza berkata...

Datang bersaing ya di blog Etuza..naik ke HITS blog aktif komen ke, aktif enteri ke mana2 lah...

Etuza berkata...

Ya Allah..saya kembali baca, semua..duble baca ni entri..Ya Allah sembuhkan blogger UMI ALIYA..berilah syifa Mu ya Allah ..sesungguhnya kami tidak berdaya melainkan kepadaMu kami meminta. aaminn ya Rabbal alamin.

Syukur awal dikesan..dan pasti Umi Alya tahu apa nak buat ..usahakan positif diri, kuatkan iman dan ingat Allah banyak2 ya > Yakin Allah ada dan bukan di minta ..diluar jangkaan.

Etuza berkata...

Catatan ini hari ini..semoga segera sembuh .aamiin

 

Copyright © 2012 Reserved to Diari Hidupku
Design by Cik Kumbang