Memaparkan catatan dengan label tangani tikus. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tangani tikus. Papar semua catatan

Ahad, 9 Februari 2014

Ahad, 9 Februari 2014

Lain dikejar lain yang dapat

Dalam dua tiga hari ini terperasan ada seekor  'cik tie' tersesat masuk ke dalam dapur rumah, entah dari mana datangnya? nak kata dari stor, kat umah ni memang xder stor, semuanya dijadikan bilik, hari2 keluar masuk.

Hari pertama ketika sedang memasak, tiba2 'cik tie' meluncur laju keluar rumah, hari keduapun terserempak lagi di awal pagi  dan masuk hari ketiga, 'si dia' berani meninggalkan jejak di atas kabinet, jenuh le kena mencuci & 'disinfection' bagai, ishhhhhhhhhhhh tak boleh jadi ni, ggrrrrrrmm..

'Paksarela' hubby (maaf..) fikir inisiatif untuk memerangi 'cik tie' seekor, kang tak pasal2 kami semua dijangkiti Penyakit "kencing tikus" atau 'leptospirosis'. Maka selepas solat isyak malam tadi, dia bawa balik sekeping 'kertas pelekat khas' untuk 'cik tie', kiranya kami amat le berharap misi semalam berjaya 100%.

Rupa2nya 'cik tie' lagi CERDIK PANDAI (gamaknya ia bersekolah kot), misi kami GAGAL & langsung tiada jejak bahawa ia berkeliaran di dapur malam tadi tapi yang menjadi mangsanya:

Spesis jenis ini, cicakpun cicak le, urmmmm

Nota: Cik Tie = Tikus, harap maklum..

 

Copyright © 2012 Reserved to Diari Hidupku
Design by Cik Kumbang