Entri sampingan, saya ada 3 ketul 'keychain' yang telah dibeli semalam, rasa2nya nak bagi pada pembaca yang bertuah, yalah ia sebagai menghargai kalian yang begitu setia memberi sokongan sehingga blog ini masih lagi bertahan hingga kini biarpun entrinya agak "suam2 kuku".
Nak dapatkannya mudah sahaja, kalian cuma perlu meneka tempat percutian kami yang terbaru iaitu semalam, klunya 'tempat yang agak femes di pantai timur' - ia sesuai untuk seisi keluarga.
Syarat2nya:
- seperti diatas (yg telah di'bold'kan)
- Setiap orang dibenarkan meneka sekali sahaja,
sembang2 kosong tak dikira ye..
- Tekaannya perlulah tepat (maksudnya tak mau teka secara umum seperti Negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang)
- Tinggalkan jawapan kalian di entri ini.
3 peneka yang tepat, akan menerima seketul 'keychain' yang telah di beli di sana (hadiah murah je, hu3!!), jika ramai yang telah meneka dengan betul, seperti biasalah, undian akan dijalankan samada secara manual @ menggunakan khidmat random.
Tarikh tutup penyertaan: 30.11.2011 @ 11.59 malam