Isnin, 16 Januari 2012

Isnin, 16 Januari 2012

aktiviti turun padang

Awal  pagi ini ada kerja luar, kami join JKM bagi akiviti turun padang bersama agensi2 kerajaan, tak banyak perkara nak di kongsi bersama, nampaknya ini merupakan kali ketiga pada bulan ini turun padang, sabtu lepas seharian suntuk bagi menjayakan Program Kemasyarakatan iaitu ke kawasan perkampungan OA dan pinggir daerah ini.

Seronok cuma agak kepenatan tapi demi tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan, pastiku galas. Setiap kali keluar utuk aktiviti luar, kemain lagi ambil gambar banyak tapi penyakit 'M' sentiasa menemaniku kini, justeru itu, biarlah ia bersemadi dengan aman di "kamera cap ayam kesayanganku"..

Ahad, 15 Januari 2012

Ahad, 15 Januari 2012

pejabat lagi

Hmmmm hampir setiap minggu terpaksa korbankan cuti mingguanku demi siapkan tugasan yang sentiasa memenuhi ruang di atas meja, tambahan pulak di waktu ini aktiviti memasukkan data2 klien ke dalam sistem cepat dan pantas berbanding hari2 biasa (mungkin xder orang guna kot!!), hampassss betoiii, sistem wat hal pulak!!

Nak kata rajin rasanya tak jugak sebab badan memerlukan masa rehat secukupnya, anak2pun mengharapkan masa bersama mereka tapi sejujurnya ku katakan, diri ini tak suka melengah2kan masa dan tugasan yang diberikan, semuanya mesti cepat!!!

Buat anak2, 2 minggu lagi kita enjoy secukupnya, semua sponsor maklum le family day jabatan (minyak keta je sendiri2 sbb sudah disediakan bas), apa lagi!! 

Kat maner ek?  tungguuuu..... jika rajin adalah entrinya, kalu tidak peram lagi!!

Nota kaki: family day kt zoo negara tempoharipun senyap sunyi je, bilalah boleh publishkan gambar2 si Alya, ishhhh penat aje dia berposing..

Pecah rekod, tahun ni 2 x family day

Jumaat, 13 Januari 2012

Jumaat, 13 Januari 2012

Jom gempur!!

Ingatkan salah satu azam di tahun baru ini, nak buatkan entri setiap hari tapi awal2 lagi dah gagal, bwpun kejap je, tak sempat nak singgah banyak tempat (biasanya tengok kat bloglist aje) dan makin jarang2 tinggalkan jejak dek kekangan masa, maaf ye teman!!.

Salah satu perkara yang membuatkan diri ini tak menang tangan ialah mengenai 'Gerak Gempur Mamogram', yalah kena capaikan target sebelum bulan Jun 2012.

Mungkin ramai di antara kita yang terlepas pandang mengenai subsidi mamogram, sayang jika kita biarkan bajet yang disalurkan ini jika tidak digunakan sepenuhnya, nak tau maklumat lanjut, sila ke SINI,  saya ada buatkan entri mengenainya di laman utama.

Jujur saya katakan, di daerah kecil ini telah berjaya mengesan beberapa orang wanita yang mengidap kanser payudara saban tahun melalui program ini, ada juga di antara mereka yang telah meninggal dunia akibat penyakit yang amat ditakuti oleh kaum wanita, apa lagi, jom gerak gempur mamogram!!!

Isnin, 2 Januari 2012

Isnin, 2 Januari 2012

entri selingan


 Gambar diambil semasa berhenti seketika di Hentian Rehat Maran (jika tak silap, hihihi)

Ahad, 1 Januari 2012

Ahad, 1 Januari 2012

Gara2 kesibukan ibu

hari pertama (31.12.2011)
tertido keletihan setelah menjadi peneman ummi di pejabat 

hari kedua (1 Januari 2012)
Agaknya si Alya sedang berfikir, naper ummi ni, cuti2pun kena kerja?

 tidur lagi...

Nota kaki: sekurang2nya separuh dari tugasan rasmi dah selesai walaupun terpaksa korbankan cuti  mingguan, hmmm  lega sikit.. pasni boleh tumpu kepada skt anak2 buah pulak, tercicir sorang dua lagi, sabar  menanti dorang antar, maklum le hrmis kadang2 wat hal jika waktu pejabat..


 

Copyright © 2012 Reserved to Diari Hidupku
Design by Cik Kumbang