Ahad, 2 Disember 2012

Ahad, 2 Disember 2012

Semangat Waja

Sejak dari pagi lagi Alya bersiap2 nak pergi ke sekolah (kononnya..), dia siapkan beg sekolah, buku2 dan alat tulis serta bekal makanan (bawa coklat yang buat semalam).

"Alaaaa ummi, beg adik koyaklah..."
 (Ok sayang, nnt kita belikan yang baru ya..)

"Adik nak pakai baju sekolah..."
 (alahai susahnya hati si ibu memandangkan si kecil ini belum punyai baju sekolah, Insya Allah tahun depan nak daftarkan dia seusia 4 tahun..)

"Kakak tak bangun lagi, dia demam erk...? 
( seorang adik yang prihatin..)


 


 Imej terkini: kekal ayu bertudung..

senang sangat..

Semenjak anak teruna - Syafiq memperolehi Lesen L (Motor), senang sangat, sekarang ini pergi ke pasar beli daging ayam,  hantar baju ummi untuk dibaiki, beli barang dapur semuanya tugas dia, pokok pangkalnya banyak kerja senang.

Memang selalu beri nasihat pada dia, buat masa sekarang ini bawa motor elok2, jangan bonceng kawan semasa keluar ke bandar, rempit merempit jauh sekali, sesekali kami suami isteri keluar memantau, kiranya 'sport check', mana tau terlibat dengan aktiviti tidak berfaedah, alhamdulillah setakat ini semuanya ok lagi, kamipun tahu dia berkawan dengan siapa..

Nota: Jika sebelum ini hati sering tidak keruan jika dia bawa motor, mana tahu keluar ke bandar tanpa pengetahuan kami, maklumlah tiada apa2 pengenalan diri (kecuali ic..)

Sabtu, 1 Disember 2012

Sabtu, 1 Disember 2012

Pencarian Top Komen

Entri Melekat sehingga 31/12/2012 @ 11.59pm, untuk entri terkini, sila scroll ke bawah..


Jika kalian 'perasan', sebelah kiri sidebar blog ini tertera widget 'Pencarian Top Commenter" seperti di atas yang akan berakhir pada 31/12/2012 @ 11.59pm.

Syarat2nya cukup simple:- 

  • Cuma tinggalkan jejak di entri laman ini sebanyak mungkin, seorang pemenang yang dicari iaitu sesiapa yang meninggalkan komen terbanyak tepat pada masa di atas.
  • Terbuka kepada mereka yang berminat tanpa mengira follower ataupun tidak (sejujur2nya makcik tak suka pada paksaan, biarlah secara sukarela, iya dokkkk...)
Hadiah:-  RAHSIA, DI SINI
 
Tarikh tutup: 31/12/2012 @ 11.59pm.

Ubat Gigi Colgate Percuma

 


 
Apply kat sini jer..





Durian Crepe lagi..

Cubaan men'crepe' doyan untuk kali kedua, akan tetapi kali ni menggunakan resepi yang lain pulak, biasalahkan.. kita perlu mempelbagaikan resepi, barulah boleh dibuat perbandingan (atau pembandingan? mana satu betul ya? ) yang mana paling sedap.

Crepe Durian yang besar sebesarnya, maklumlah nak habiskan creme & isi durian D24

Rasa2nya laris tak jika berbisnes?, maklumlah kat daerah ini belum ada lagi di dalam pasaran.. hihihihi

Kulit:
  • Sila abaikan paste pandan & pewarna hijau
  • Masukkan pewarna kuning jika nak kekalkan crepe berwarna kuning.
  • Nak cepat, campurkan semua ke dalam blender & kisar sekejap, tapis...
  • Masak cam kita buat lempeng tetapi seharusnya senipis mungkin (elakkan penggunaan minyak jika boleh, masak selapis aje, tak perlu diterbalikkan),
  • Bila lapisan bawah masak, terus terbalikkan ke dalam pinggan leper yang besar tanpa menggunakan sudip  bagi elakkan ia terkoyak.
  • Lapisan atas aka licin seharusnya di bah. luar kulit (bawah) bagi menghasilkan 'durian crepe' yang comel... 
  • Sejukkan sebelum dihidangkan, barulah terangkat.. (dlm umah x usah dok ceritakan, semerbak dek haruman DURIAN..)
Inti:
 
Saya dah lupa daa ambil resepi kt mana..

Nota: Perbezaan rasa crepe durian menggunakan resepi sebelum ini (6 jenis tepung) dengan hari ini, rasanya sama jer, maklumlah bau wangi dari durian mengatasi segalanya.

Kiranya tak perlulah nak stress2 cuba dapatkan resepi sebenarnya.

crepe durian lagi

 

Copyright © 2012 Reserved to Diari Hidupku
Design by Cik Kumbang