Camner nak cerita erk?, sejujurnya saya amat tersentap jika ada 'blogger' baru yang kebetulan TERSINGGAH ke sini (blog yang tak punyai apa2 kepentingan, isipun kosong) & tinggalkan jejak lebih kurang ayat di bawah ini...
" Sila follow saya semula.. @ saya sudahpun follow blog ini dan harap dapat follow saya juga, jasa baik awak amat saya hargai, semoga Allah membalasnya"
Salah satu contoh yang digunakan oleh blogger diluar sana supaya kita 'bw' ke sana pula, (faham2 jer maksud yang tersurat & tersirat..)
Bila 'makcik' semak tang 'follower', xderpun penambahan bilangan follower & tercari2 juga manalah tahu nama @ gambar mereka terselit di antara ratusan follower itu, maklum le kitakan dah makin berumur, ala2 peserta Ratu Rania gitu tapi di hati tetap muda jelita..
In shaa allah jika ada 'follower' baru bertapak di laman ini & punyai link, pastinya saya tidak akan menghampakan kalian & membalas kunjungan itu dengan hati yang ikhlas, yalah, orang berbudi kita berbahasa.
Entahlah, mungkin sebab faktor usia saya yang semakin 'kertu' dari hari ke hari, kalau tak faham maksudnya, sila tanya Rakan Blogger saya yang amat prihatin, amat sensitif walaupun perkara ini 'simple' tapi kesannya nun jauh ke dalam, wat apa nak tertipah tertipu dikkk oiiii???.
Sejujurnya tiada paksaan untuk menjadi pengikut laman ini, lagipun ia cuma berkisarkan mengenai kehidupan kami dari masa ke semasa, tiada gossip2 retis dsbnya, jika tak suka , sila 'X' yang terletak pada sudut kanan sebelah atas.
Rakan2 yang sudah lama bersama telahpun sedia maklum, laman ini tiada di dalam carian google, agak private sikit dan ia terbuka untuk rakan2 yang sudi bertandang sahaja.
Rakan2 yang sudah lama bersama telahpun sedia maklum, laman ini tiada di dalam carian google, agak private sikit dan ia terbuka untuk rakan2 yang sudi bertandang sahaja.
dikongsi secara TERTUTUP kecuali mereka di kalangan rakan2 seperti:
Sesiapa yang selalu singgah dan tinggalkan komen, saya akan masukkan ke dalam list 'Friends', itupun jika mereka punyai akaun "google+" ataupun senarai laman ini sedia berada di dalam 'list' pada sidebar memasing seperti:-
Mohon maaf jika saya terpaksa 'delete' komen yang agak menyentuh naluri ini, saya perlukan keikhlasan di dalam persahabatan, bukannya kepura2an.. jika follower banyak sekalipun xder maknanya jika ia sekadar pada bilangan sahaja.
Maaf jika ada yang terasa.. :(


















