Jumaat, 27 Ogos 2010
Jumaat, 27 Ogos 2010
Selasa, 24 Ogos 2010
Selasa, 24 Ogos 2010
Alya dan Kek Hari Lahir
Memandangkan tarikh lahir Alya jatuh pada bulan Ramadhan, justeru itu kami cuma belikan kek coklat moist sempena menyambut hari lahirnya (errrrrm, ummi tak sempat nak membuatnya) dan tiada sebarang acara dilakukan bagi meraikannya.
Selamat Hari Lahir
Alhamdulillah, hari ini genap setahun usia Alya, Selamat Hari Lahir Sayang, moga hari2 yg bakal dilalui penuh dengan keceriaan.. Kami amat menyayangi dirimu.
Genap setahun usia Alya bersamaan genapnya setahun misiku menyusukan dia, kini cuma tinggal setahun sahaja lagi, moga aku mampu meneruskan perjuangan ini..
Perkembangan terkini:
- Boleh melangkah ke depan sehingga 10 tapak tanpa sebarang bantuan (sejak seminggu yang lalu)
- Mahir memanggil ummi, ummi, ummi (sejuk je hati ummi mendengarnya)
- Pandai berkawan dengan rakan sebaya.
Isnin, 23 Ogos 2010
Isnin, 23 Ogos 2010
ngantuknya anak ummi
Kesiankan Alya, pagi semalam, dia bangun seawal jam 4pagi, sama nganku dan telah dibawa bersama ke dapur, dia nolong ummi memasak untuk bersahur, pastu kami sahur bersama2.
Selesai je urusan ke dapur, aku biarkan dia berendam air suam lama2 kat bilik air dan bila masuk waktu subuh, diapn sama2 pakai telekung dan nunggu ummi dan kakak2nya solat berjemaah, menjadi kebiasaannya, sebaik je salam terakhir, cepat2 dia duduk atas riba dan tangannya merayap mencari bekalan.
Akhirnya, dia nyusu tanpa sempat menbuka kain telekung dan terus terlena dibuai mimpi. Jam 10pagi baru dia bangun. Maka sempat le ummi ambik gambarnya ketika dia sedang lena.
Isnin, 16 Ogos 2010
Isnin, 16 Ogos 2010
percutian
Sekali lagi kami jejakkan kaki ke Cameron Highland pada hari sabtu yang lepas, mulanya ingat nak rehatkan badan dihari cuti tapi hubby bersungguh2 mengajaknya.. nak tak nak, pergi je le sementara menunggu waktu berbuka.
Jauh dari rumah kami ke sana lebih kurang 140km, jalanpun elok.. nampaknya selepas ini kami jadikannya sebagai destinasi percutian kami di hari minggu / cuti..
Semasa kami sedang membeli sayur2an dan buah2an, hujan turun dengan lebat sekali, adoooi.. agak lama gak kami terkandas, akhirnya redah gak le dlm hujan lebat, yg jadi mangsanya tentunya selendang ummi sebagai peneduh Alya.. xper.. untuk anak kesayangan, ummi rela korbankan segalanya.
ngapa ni Alya?
Langsung tiada senyuman, posa ke?
mula dah x leh dok diam, jemu sbb jauh sgt
Makan biskut je??
dapat daaa beg sebuah, xmo dilepaskan
kat taman rama2
Taman Kaktus
Hai, tengok apa tu??
Perjalanan balik yg membosankan,
baik Alya tido
Langgan:
Catatan (Atom)


































