Ahad, 31 Oktober 2010

Ahad, 31 Oktober 2010

terlena kepenatan

Rentetan kisah kami kuar daerah minggu lepas, selepas ke TC, kami singgah ke sebuah pasaraya, tujuannya untuk membeli pakaian anak2.. 

Sementara tu, kami rehat jap sambil menikmati aiskrim (antara termahal yang pernah kami makan, maklum le orang kampung - biarpun bagi orang lain, ia sudah menjadi perkara biasa dan pencuci mulut asasi)..  sayang seribu kali sayang Alya terlena, maka kami yang masih segar inilah yang menjamah aiskrim tersebut.
 
Dalam keseronokkan snap gambar anak (bukan disini), kami di tegur dek sorang pekerja yang mengatakan tidak dibenarkan ambil gambar semasa berada didalam supermarket ini, nanti disaman. (pertama kali aku tahu, pasaraya kat KL pun, tak penah lagi aku dengar bab saman menyaman ni..)

ehhh, betul ke??  ambik gambar kat pasarayapn boleh jadi kes saman menyaman jugak ke sedangkan x der satupun tempekan iklan yang mengatakan bahawa tak boleh ambik gambar kecuali di dalam wad (kawasan hospital).. ishhhh, malas nak fikir panjang.. ikut je le..

Sabtu, 30 Oktober 2010

Sabtu, 30 Oktober 2010

Model Kecil

Gaya terbaru Alya.. jom kiter layaaannnn!!
ader gaya tak??

Cewaaaah, anak ummi, berjalanpn ader gaya daa!!

Jumaat, 29 Oktober 2010

Jumaat, 29 Oktober 2010

Sepetang di Taman Permainan

Minggu ni, aku kena hadiri meeting 2 hari berturut2 cuma pada sebelah pagi aje.. maka 3 orang anak dibawa bersama dan kami telah menginap di Hotel Mega View,  Kuantan..  

Kami punyai banyak masa terluang sementara menanti keesokkan harinya. Agak jemu dok kat bilik, petangnya kami bawa anak2 kuar ambik angin petang..
Dapat je kuar, kemain lagi seronoknya Alya..

 Mulanya, kami singgah ke Taman Permainan berhampiran ngan Zoo
(dok kejap je..)


 Masa ni, Alya tengah mamai,
baru je terlelap masa dlm kete,
terus kena kejut dek ummi. hu3

Taman permainan di TC

Khamis, 28 Oktober 2010

Khamis, 28 Oktober 2010

rajinnya anak ummi



Beberapa gelagat Alya semasa check in Mega View hotel 3 hari lepas, agaknya dia tau umminya kepenatan n x cukup tido, maka ngan rela hati dia mmbantu sekadar termampu.. hu3.

Terima kasih sayaaaanngg!!

Alya dan projek terbarunya

2 hari laman ini terbiar bersawang tanpa sebarang cerita, tapi rasanya sudah lama. ia dibiarkan menyepi., itulah bahangnya bagi seorang blogger tegar cam diriku..dunia blog umpama menu yang wajib berada di depan mata ini setiap hari biarpun seketika cuma.

Hari ni lak, aku ambil cuti rehat.. jadi masa untuk berblog adalah bebas, bila2 pn x der masalah.. janji semua keje umah sudah siap dan makanan untuk anak2 tersedia. 

Seperti biasa, kalu bukan mengenai Alya, rasanya tidak sah, maklumlah anak2 yg lain sudah besar panjang dan memerlukan privasi di dalam kehidupan mereka..

 Hahh, tengok tu, Alya sedang meninjau2 kaw. tapak..

 Cuba teka, apakah projek terbaru Alya????
atau 
dia sedang mencari bahan untuk berita terbaru, mungkin sedang melatihkan diri menjadi wartawan kot??
agak2nya boleh setanding tak ngan Karam Singh. hu3




~








ummi bgtau ye, agak2nya Alya sdg fikirkan sesuatu berkenaan dengan















~

















~










~




















Projek ternak lembu... kui3

 

Copyright © 2012 Reserved to Diari Hidupku
Design by Cik Kumbang