Jumaat, 31 Mei 2013

Jumaat, 31 Mei 2013

Segera jer pilihan kami

Produk Ayamas

Roti Paratha 

Pau segera (bukan jenama ini)

Mee segera

Itulah di antara makanan segera yang perlu ada di dalam simpanan sepanjang cuti sekolah, maklumlah sebagai ibu bekerjaya, rutin ke dapur cuma 2 kali sehari iaitu waktu pagi & petang kecuali pada hari minggu.

Urmmmm, kadang2 sekali sehari jer masak, yalah ikut tahap kerajinan & mood, selebihnya hulur jer RM pada anak teruna, pandai2lah dia ambil order & bawa balik makanan untuk santapan adik2 termasuk  ibunya, nak bawa anak2 makan kat luarpun tak berkesempatan, maklumlah bapanya sibuk katakan, ngalahkan wakil rakyat lak :(

Rutin harian, awal2 pagi terus sediakan makanan berat '2 in 1', sesuai untuk sarapan pagi & makan tengahari, cuma nasi jer masak sikit, jika habis, pandai2lah dorang masak sendiri, janji lauk mau ada beb...

Jika asyik makan nasi dengan lauk yang sama jer sepanjang hari, tentu dorang jemu, itulah sebabnya makanan segera perlu ada sepanjang masa, pandai2lah anak2 memanaskannya jika lapar, lainlah bagi mereka yang bekerja sendiri @ suri rumah seperti Eida, OKje & IB, mereka bolehlah menyediakan masakan panas saban waktu tanpa mengira masa, anak2 cuma perlu order jer, untungkan famili mereka!!

Nota: Semua gambar tu ambik kat google, mohon dihalalkan..

Rabu, 29 Mei 2013

Rabu, 29 Mei 2013

Baru mengerti

Selepas habis waktu kerja siang tadi, saya singgah seketika di sebuah pasaraya untuk membeli bahan2 mentah, ketika sedang memilih basah basah berupa ikan, ketam & sotong, tiba2 ada seorang kenalan mengambil ikan yang sudah busuk, mata merah & perutnya sudahpun pecah serta isinya terkeluar, lantas saya segera menegur:

Saya: "Ikan busuk tu kak, ambil le ikan sebelah sini, segar sikit.."

Kenalan: "Tak apalah, kalu akak ambil ikan ini, harganya murah sikit.." sambil tunjukkan pada senarai harga  tergantung - sememangnya 50%  lebih murah dari harga biasa

Terkedu saya mendengar jawapannya, selepas itu saya memerhati dia dari kejauhan, sayur2anpun dia beli yang sudah layu, bak kata lain, hampir nak 'reject'.

Tiba2 peristiwa ini menginsafkan saya buat seketika, kadang2 kita terlupa, bukan semua orang dapat menikmati kesenangan hidup yang sama.

Selfish..

Rasanya kat mana2 jabatan punyai staf yang bersikap 'selfish', gaji nak tapi bab kerja 'hancur..',  tapi nak wat camnerkan, bak kata pepatah 'ditelan mati emak diluah mati bapak'. 

Kadang2 bab umur dijadikan ukuran, peringatan ntuk diri sendiri 'Janganlah tunggu pencen hingga umur 60tahun',  mutu kerjapun dah teruk walaupun ada sesetengah mereka yng punyai minda positif, alhamdulillah cergas  sepanjang hayat & mutu kerja tip top.

Urmmmmmmmmm hari ini lak punyai program luar, tak tau le siapa di antara kami yang terpaksa digugurkan saat2 akhir sebab perlu berada di pejabat dek sikap salah seorang daripada kami yang 'selfish'.

Kami 'standby' dengan pelbagai kemungkinan pagi ini, alhamdulillah anak2 buah yang lain faham gelora di hati.

Kadang2 kesian pada staf yang lain, semua beban terpaksa dipikul, apabila melihat keadaan ini terasa tidak adil apabila saban tahun berikan penilaian 'SKT' melebihi yang lain tapi atas dasar senior yang belum dapat apa2, cuba membantu, sekurang2nya seumur hidup berkerja dapat juga merasa 'APC' walaupun pada hakikatnya disebalik itu, akan tetapi pihak HQ seakan mengerti tahap prestasi sebenar, sehingga kini masih menanti di dalam kesamaran.

Maaf.. ini sekadar 'luahan perasaan' dek kekecewaan, sekurang2nya reda sedikit bebanan di hati.

Kemaskini: Kan tepat jangkaan kami semua, mc aka cuti sakit lg setelah abis bercuti smlm, maka diri sendiri terpaksa digugurkan demi kepentingan klien, good luck buat anak2 buah & teman2 dari daerah lain yang sedia membantu menjayakannya, saya tau, kalian adalah terbaik, terima kasih semua..

Masuk2 jer ke pej. ntuk antar mc, bolih dok tnya, naper pakai baju keparat (korporat) ni??, aiyaaaa bulih wat2 lupa lak, kang ke mgu lepas dia yg trima surat program masa sy kuar daerah? abis tu darah sapa yg xmo didh kalu cenggini gayanya, sabarlah duhai hati..

Isnin, 27 Mei 2013

Isnin, 27 Mei 2013

CPUV ke 29/2013

Tetap ada penambahan BE meskipun n3 agak suam2 kuku..

Terima kasih Nuffnang,
"oh ya.. korang jangan jeles2 tau!!!" :)


Entri merapu

Monday blues ke? tiba2 dok termenung jer pagi2, sib baik makanan untuk sarapan pagi sudahpun siap, saat ini mulalah dok jeles ngan cikgu2 walaupun tau keja demo mmg banyak w/pun bercuti.

"Kerja, kerja & kerja, bangkitlah wahai Tini, kamu kena masuk pejabat hari ini..."

 

Copyright © 2012 Reserved to Diari Hidupku
Design by Cik Kumbang