Rabu, 7 September 2016

Rabu, 7 September 2016

Sehari di Manjung, Lumut

Kisah di hujung minggu, kami ke Manjung, Perak menghadiri kenduri kahwin (bagi pihak pengantin lelaki merangkap adik ipar bongsu.)

Kalau nak bercerita panjang lebar, maaf ye, tuan rumah agak lemau, jika nak tunggu karangan  yang berjela2, rasanya kisah ini dahpun basi sebasinya, jadi layan jerlah beberapa keping gambar yang ada.

Mukadimah, tentunya model cilik pengarang jantung umi


Kononnya bermake up, anak siapalah ni?

Alya dan sepupunya 

"Tayang sikit wajah  tuan tanah, ia agak ekslusif"
xmo renung lama2 tau, hi3

Besar daa anak dara umi..

Sebahagian dari rombongan Cik Kiah...

Kena bayar tol dulu baru boleh duduk, nasib le dik, kihkihkih..

Gelagat anak teruna & sepupunya
Pengantin tengah potong pulut kuning, dorang dok kalut perabihkan udang di meja pengantin, urmm..

Bergambar kenangan bersama pengantin

Sebahagian dari rombongan kami merangkumi ipar duai (cam le ramai sgt, hi3), saudara mara terdekat sebelah suami, alhamdulillah dengan adanya mereka memudahkan semuanya (sebagai pengganti arwah mil/fil.. )

Sebelum bertolak ke rumah pengantin perempuan, bergambar dulu

Buat adik dan pasangan, selamat pengantin baru, moga kekal bahgia selamanya, aamiin.. Maaf akak tak reti nak bagi ucapan panjang lebar.. hi3

Aissssyyyyy.... tak abis lagi makan anak oiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

Perjalanan balik, singgah di Lata Seri Iskandar











Singgah sekejap, maklumlah dah nak masuk waktu senja

Laksa Telur Bersarang

Kalau dah hantu laksa, pantang terjumpa, terus beli untuk dibuat bekalan semasa di dalam perjalanan.

Khamis, 25 Ogos 2016

Khamis, 25 Ogos 2016

Kejutan buat tersayang

Semalam 24 Ogos hari kelahiran puteri bongsu kesayangan kami yang ke 7, cepatnya masa berlalu.. 



Wajah terkejut Alya, tiba2 menerima hadiah tanpa disangka2 dari seseorang yang tak dikenali sebaik turun dari kereta, terima kasih buat Qaseh Suprise Delivery membantu si ibu buat kejutan untuk si manja, bukan setakat Alya terkejut, bapanyapun sama.

Wajah kegembiraan Alya setelah menerima 'Kejutan' yang tidak disangka2

Hadiah pilihan Alya, habis bajet umi dan abah, ia diletakkan di ruang tamu, kononnya 'kejutan buat dia'  selepas balik dari kelas kafa.

Kek Hari Lahir Alya



Sebahagian dari rakan2 Alya aka anak jiran tetangga, sememangnya tidak merancang untuk majlis makan2, maklumlah si ibu bekerja dan ia berlaku secara spontan, maka masaklah apa yang ada di dapur dan ringkas seringkasnya, dah siap makan baru teringat nak ambil gambar.

Ahad, 14 Ogos 2016

Ahad, 14 Ogos 2016

Raya selepas raya

Kalian ada?

Kisah minggu lepas, bos wat meeting di hari minggu terus "ke jamuan raya" yang tertangguh2, bolehlah staf di daerah hadirkan diri bersama family.

Setia menemani si ibu






`````````````````````````````````````````````````


Jamuan raya di sekolah & kelas kafa tempohari, tempek gambar sebagai kenangan.

Isnin, 1 Ogos 2016

Isnin, 1 Ogos 2016

Kegilaan apakah ini?

Setelah bertahun tidak membuat kerja2 seni, tiba2 teringin nak mendeko & mengubahsuai susun atur rumah dengan bajet yang sederhana.

Dibawah merupakan hasil "kerastangan" mengubah bunga setelah bertahun tinggalkan hobi ini

Cubaan kali pertama
Gubahan 1

Beli stok baru
-Permintaan Alya

Tak menyempat2 nak siapkan segera

Gubahan 2
Alya sendiri yang memilih pelbagai warna untuk bilik dia

Gubahan 3

Khamis, 28 Julai 2016

Khamis, 28 Julai 2016

Entri rojak

Sepetang di Genting Highlands

Iaitu 3 hari sebelum menyambut Ramadhan, kebetulan pada masa ini cuti sekolah yang agak panjang, jadi semasa balik kampung, kami membawa beberapa orang anak buah aka sepupu Alya balik ke rumah bersama.


Alya dan sepupunya


Seronok Alya punyai kawan, walaupun mereka jarang2 bertemu, keakraban tetap terjalin, talian persaudaraan katakan.




~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



Sepetang di Cameron Highlands

Bawa anak2 buah merasa udara sejuk di tanah tinggi.




~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



Kisah 1 Syawal..


Demam mula melanda pada akhir Ramadhan aka sehari sebelum Aidilfitri, kebetulan pula pada hari tersebut, saya masih lagi bekerja dan apabila balik ke rumah untuk memasak sebelah petangnya, bekalan air terputus, maka hari itu kami berbuka secara ala kadar, kebetulan pula air tangkipun hanya tinggal sedikit sahaja dan kami perlu menyimpan untuk mengambil wuduk dan kegunaan yang lebih penting.

Seawal jam 1:00 pagi (1 Syawal), saya tersedar dari tidur dan meninjau bekalan air paip, Alhamdulillah sudah ada air tapi dalam kuantiti yang sedikit, gagahkan diri untuk mengemas rumah dan memasak untuk juadah di pagi Syawal.

Aiskrim homemade khas untuk Aidilfitri

Pagi syawal, sempat siapkan lagi satu adunan muffin untuk jamuan raya tapi tak ada gambar, ia menjadi pilihan tetamu, tak sempat nak agihkan sikit kerumah abang, habis pagi raya juga.

Sememangnya sepanjang 1 Syawal, saya tidak berkesempatan untuk rehatkan badan, selepas solat raya, rumah diserbu dek tetamu2 kecil merupakan anak & cucu jiran tetangga untuk beraya di dalam jumlah yang agak ramai (sekali datang berbelas orang).

Amat kalut ditambah dek bekalan air yang sedikit untuk membasuh pinggan mangkuk, belum sempat mencuci, tetamu merangkap rakan dan jiran tetangga pelbagai kaum bertali arus datang beraya. Niat untuk beraya ke rumah abang no. 4 terpaksa ditangguhkan hingga ke petang.

Sesudah tetamu agak reda, badan mula terasa penat, sakit badan, lenguh2 semua ada dan demam semakin bertambah tapi tetap gagahi jua untuk balik beraya ke rumah abang dan ketemu saudara, maklumlah semangat raya tetap ada walaupun kali ini tidak berkesempatan untuk balik kampung seperti tahun2 sebelumnya.

Seperti tahun2 sebelum ini, saya agak berkira untuk membeli biskut2 raya walaupun sebekas cuma, sibuk camner sekalipun dengan tugas harian, nak juga buat sendiri, maklumlah kalau dah diri tu 'PERAHSANTAN' lebih, minda dok asyik jer kata, homemade lagi sedap.. (xmo kecam saya k, gurau jer hu3)

Sempat buat 2 adunan Tart Nenas menggunakan 5 biji nenas untuk jem, lain2 seperti Almond London (3 adunan), Kek Permaisuri (beberapa adunan) - banyak diagihkan kepada rakan2 sebagai buah tangan serta beberapa jenis lagi biskut (kesemuanya tak bernama sebab adunan mengikut bahan yang ada & citarasa tersendiri).

Malangnya waktu itu terlupa diri seorang blogger, maka tiada le gambar kuih muih rayaku, kesemua makanan ini cuma bertahan tak sampai 3 hari selepas raya, habis, jadi dari masa ke semasa & untuk jamuan raya di sekolah anak2 & Kelas Fardu Ain Alya, gigihlah juga membakar biskut (tak kira Syawal dah nak abispun) selagi bahan2 mentah masih banyak di dalam simpanan, simpan lama2kan rosak, untuk raya haji, kita kira kemudian.

Saya cuma membeli beberapa jenis kerepek2 tradisional (itupun homemade dari rakan2), maklumlah selera tinggi benar, xmo kuih muih dari kilang @ stok yang telah lama, bak kata pepatah, "alah membeli, menang memakai..."



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



Minggu ini iaitu di akhir Syawal, saya baru berpeluang untuk berpuasa (Alhamdulillah tinggal sehari jer lagi..) dek kesihatan kurang mengizinkan, sebelum ini saya jarang2 demam (Cuti sakit terakhirpun semasa lahirkan Alya 7 tahun lepas) tapi bila dah demam tu, mulalah melarat (3 serangkai: Demam, batuk & selsema) & berpanjangan, apapun kerja tetap kerja, kena kuatkan semangat dek kekurangan staf.

Menu berbuka puasa hari ini, 
Alhamdulillah bersyukur dengan nikmat yang di beri..

Pencuci mulut dengan Jeruk Mangga Asam Boi

Maaf ayat tunggang langgang & entri bercampur2, bak kata orang sekali harung.

Jangan ditanya entri seterusnya, entah le bila? tengok dulu kepada mood yang ada., maklumlah angin kerajinan belum mari sepenuhnya.

 

Copyright © 2012 Reserved to Diari Hidupku
Design by Cik Kumbang