Alhamdulillah syukur kepadaNya, sudah masuk tahun ke 7 sifar Cuti Sakit, akhir sekali bercuti panjang semasa lahirkan Alya.
Jika demampun masih belum melarat, cukup sekadar tablet paracetamol dan rehat secukupnya.
Ambil cuti rehat bila perlu, lagipun jarang sangat cuti dapat rehatkan badan sepenuhnya, bawa family ke sana ke mari, tetap ke pejabat juga separuh hari, itulah pengorbanan selagi badan masih kuat.
Hari esok dan seterusnya belum tentu lagi, Dia yang Maha Berkuasa dan mengetahui, bila2 masa sahaja akan ambil semua nikmat dunia, Wallahu a'lam.
Baki cuti dibawa ke tahun 2018: 38 +35=73hari.
Agak2 apa perlu dibuat dengan cuti yang berlebihan tu? Jika muda2 boleh tambah ahli keluarga, opsssssss.. 😀😀
Nota: Cuti gantianpun masih berbaki, hampir ke hujung tahun daa..