Petang ni kepala mula pening, badan lenguh2 dan letih tak bermaya, itulah engko, orang suh makan vitamin xmo.. mungkin nak demam kot maklumlah hari ni dapat arahan big boss kena keja luar ahad nanti, ingatkan dapat bercuti lama2 : sabtu hingga selasa, kalu tau g2, tak ambil cuti isnin.. huhuhu.
"Jangan sesekali ambik ubat jika makan buah durian".
Pernah sekali semasa balik kampung dan diri ini tak sihat, aku makan panadol dan selepas itu bertandang pulak kerumah kakak yang sulung, terus makan tapai pulut yang menjadi kegemaran ini sedari dulu. (sapa suh hidang makanan kegemaranku??)
Terceritalah ngan kakak bahawa diri ini baru aje lepas makan ubat, apatah lagi kena bebel dan sepanjang hari itu dia rela ikut kemana sahaja kami pergi, (yalah, risau adik bongsu ni pengsan ke apa) kalu tak jangan haraplah dia bersama kami akibat kesibukannya.
Cuma nak tanya pendangan kalian, "Bolehkah saya ambil panadol setelah makan durian seulas?"
Bagi yang tau aku ni keja aper, tolonglah jangan gelakkan diri ini. maklumlah masing2 ader kelebihan dan kekurangan, ayu, lynd, sya. pssttttt!!!
Sebenarnya aku bukannya pengamal pantang larang tegar tapi apabila umur makin meningkat, mulalah beringat, maklumlah anak2 masih kecil lagi, huhuhu.









4 ulasan:
kak,kalau x confident jangan kak.
tp,jat redah aje.haha
lebih baik jangan dari jadi apa2 kang yang kita tak tau. biar lelama sikit
jemarioren
ermmmmm, akak terpaksa ambil juga ubat malam tu sblm tidur, tak daya sgt, Alhamdulillah!!!!!
Jat..
komen lama2 dah timbul semula, redah jgn tak redah
Catat Ulasan