Ahad, 16 Oktober 2011

Ahad, 16 Oktober 2011

persiapan akhir

Hari ini anak2 ke sekolah bagi acara sukan, nampaknya lewat petang kami akan bertolak, sementara tu diri ini sibuk didapur untuk sediakan bekalan buat mereka selama beberapa hari.

Setakat kain baju, kemaskan rumah, semuanya boleh diuruskan oleh suami dengan jayanya TETAPI bab masak memasak dia memang 'GAGAL', justeru itu, aku kena buat sesuatu untuk bekalan mereka sepanjang peninggalanku nanti, bukannya tak boleh beli aje kat luar akan tetapi anak2 kami memang cerewet, nak ummi juga yang masakkan buat mereka, walaupun simple ia tak menjadi masalah.

Sementara suami keluar ke pasar belikan bahan mentah aka ayam beberapa ekor, aku sedang siapkan bahan2nya, terfikir pagi ini nak sediakan paste sambal yang telah siap dimasak dan masak sambal hitam (belimbing rebus), menu yang femes di tempat kami (tempat len xder ye!!!), tak tau le sambal ni sempat ke tak untuk hari esoknya, maklumlah anak2 suka, diratah gitu aje.

Daging ayam nanti akan diperap dengan ramuan rempah ratusnya, bila dorang nak makan cuma goreng je, senangkan!!!!!!!!!!!

Hari akhir sekali, minta suami beli aje nasi ayam sebelum dia bertolak untuk menjemputku. Anak2 balik sekolah nanti, minta tolong je anak buahku kat pejabat.

Nota: agaknya pas kursus, lepak2 kt sogo, boleh beli baju ntuk anak2

4 ulasan:

zati embong berkata...

pengorbanan seorang isteri..hati2 kak.

ajumohit berkata...

Bagusnya Akak, anak2 ingat air tgn ibunya

Ummika Studio berkata...

hati kak ...

MulutPayau berkata...

kalau dah siapkan semuanya..mmng senanglah kan...air tangan isteri dan ibu jugak yg mnjdi pilihan...

 

Copyright © 2012 Reserved to Diari Hidupku
Design by Cik Kumbang