Semalam keputusan PMR diumumkan dan anak sulung kami - Syafiq cuma memperolehi 5A sahaja, walau apapun tahniah dari ummi dan abah.
Perjanjian kami, sekiranya dia memperolehi 8A di dalam exam ini, hadiah utamanya ialah sebuah laptop tetapi memandangkan kali ini dia cuma membawa pulang 5A, semasa perjalanan balik berkursus petang semalam, kami belikan telefon touch screen samsung sebagai hadiah saguhati.
Kalu nak juga laptop, dia perlu memperolehi keputusan cemerlang semasa SPM nanti, ermm kami seperti orang kebanyakan juga, bukannya mewahpun cuma sekurang2nya ia sebagai pembakar semangat supaya dia dan adik2 tekun belajar.
Nota: pagi2 dapat ucapan bday dr my staf n teman2 kt fb.. tq dear









7 ulasan:
Tahniah buat syafiq.. usaha lagi untuk spm nanti..
besday ka kak arini..
Happy Besday..
ye..kna laa bg sesuatu, pembakar semangat..tahniah, wlupun 5A..ok la tu..
kim salam kt adik alya!
Tahniah utk Syafiq...betul kan, kena jugak bagi sesuatu sbagai galakan dan pembakar semngt ......
p/s...selamat hari lahir..semoga sntiasa dimurahkan rezeki, pnjng umur dan diberi kesihatan yang baik di smping kluarga trsayang..
tahnbiah syafiq .. semoga terus berjaya tau ! :L)
tahniah syafiq...
Tahniah buat syafiq.. dan selamat hari lahir buat umminya.. :D
betul tu hadiah sebagai pembakar semangat..5A tu keputusan yg bagus juga.untunglah dpt hp baru..:)
Catat Ulasan