Selasa, 24 Januari 2012

Selasa, 24 Januari 2012

Alya 2 tahun 5 bulan

 
Itu dia pic menarik daripada anak kesayangan kami - Alya, hari ini telahpun berusia 2 tahun 5 bulan, cepatkan masa berlalu dan kini dia terus menceriakan hari2 yang kami lalui. 

Antara bait-bait kata yang meninggalkan kesan mendalam buat kami:-

  • Kakak... mana kakak saya?
  • Ini tepon saya..
  • Maafkan saya
  • Ummi tolong saya
  • Jangan, jangan.. itu saya punya..
  • Nak beli, duit!!
  • Nak Embuuuu (nak daging burger lembu)
  • Kakak buat... (semua kesalahan dia, si kakak yang kena tanggung..)
  • Nak 'semayang'.. (solat)
  • Baca doa (sebelum makan)
  • A.B.C, D......,1,2,3,...... alif, baa taa...... sentiasa dimulutnya
Kelakuannya:-
  • Sesudah minum air, bawakan sendiri gelas ke dapur, ambil kerusi n panjat (sebagai bantuan, maklumlah sinki tinggi), mulakan sessi membasuh gelas, mula2 sabun dan bilas, pastu bawa turun gelas dan toskan di atas rak pinggan mangkuk yang terletak kat ruang belakang.
  • Pakai dan tanggalkan baju sendiri, bab 'berbedak, bergincu mahir 'bebenor', kalah si kakak.
  • Semasa nak melangkah keluar rumah, cepat2 capai tudung biarpun berpakaian 'seksi meksi' TETAPI cuma bertahan beberapa ketika sahaja.
  • Pantang telefon rumah berbunyi deringan, sila serahkan urusan jawab menyawab kepada operator tak bertauliah iaitu si Alya, pandai2lah dia menjawab panggilan tersebut, jika 'penting', sila gunakan telefon personal.
  • Punyai koleksi buku2 mewarna dan kaler (pantang ke pasaraya, wajib dapatkan sekurang2nya sebuah buku dan sekotak pencil kaler
Makan, minum:-
  • Makan apa sahaja yang kita makan, kegemarannya roti, nasi berlaukkan ayam masak tempoyak dan ayam masak kicap.
  • Masih menyusukan susu ibu 'segar terus dari ladang', stok EBM masih ada 2 paket di dalam frezeer tapi nampaknya dia 'kureng' gemar, tunggu tarikh luput untu dibuat pelupusan (sebenarnya tak tau cara nak hentikan susu ibu, paling penting si ibu tak sampai hati mendengar rengekan dia malam2 mencari bekalan)
  • Cuba belikan susu formula tapi GAGAL memenuhi seleranya, kadang2 dia minta FM tapi hiasan, segelas demi segelas terpaksa dibuang akan tetapi minumnya tak juga, sedar2 setin susu luput.
  • Peminat no. 1 raja buah iaitu DURIAN dan boleh dikatakan kesemua buah2an merupakan buah kegemaran dia

11 ulasan:

Ayu berkata...

Anak mmg punya super power,iaitu sebagai Theraphy paling mujarab di kala kita kesedihan.Keletah yg mampu mencairkan hati kita kan?Neway, slm perkenalan,:)

Umialya berkata...

yayansmum
akak setuju..
tk sudi singgah di teratak kecil kami, salam kenal

kurus berkata...

semakin hari semakin keletah
semoga alya jadi anak yg solehah ;)

Umialya berkata...

ieda
Insya Allah

nurbijen berkata...

dah makin besar alya dan makin banyak akal...

ajumohit berkata...

hehehhe bila dah besar mcm2 kepandaiannya ye..seronok melayan keletahnya kan kak

Imaan09 berkata...

besar dah anak dara sorang ni..sgt indipendent..siap bleh basuh cawan sendiri lagi tuu

Elly Emmy berkata...

umialya
kita menghadapi keadaan yang sama.. usia sikembar pun dah 2 tahun 5 bulan.. makan macam2.. ikut apa yang mama dia makan.. minum susu FM.. tapi hanya yang perisa coklat sahaja.. tu pun sedikit jer.. sikakak hanya 3oz sekali minum.. si adik 2oz pun belum tentu abih.. susu segar dari ladang juga yang diorang nak.. kalau tak bagi.. menanggis golek2 pulak.. kesian tgk.. kena beri juga.. tak tahu juga macam mana nak ceraikan susu nanti..

Umialya berkata...

nur
macam2 ragam karang ni

Umialya berkata...

aju
tak jemu layan keletah anak2 ni

Umialya berkata...

NoEn
samalah ngan Alya junior, comel

 

Copyright © 2012 Reserved to Diari Hidupku
Design by Cik Kumbang