Semasa perjalanan kerja luar semalam, tergerak di hati ini untuk menghubungi seorang klien yang dikenali melalui Program Subsidi Ujian Mamogram 2 tahun lepas -"Kanser Payudara stage 4'.
Perancangan di hati ini, selepas program nanti kami akan singgah ke rumahnya seketika untuk menjenguk dan bertanyakan perkembangan terbaru, sebelumnya cuma melalui talian telefon dari masa ke semasa, maklumlah beliau tinggal jauh dari sini.
Sayup2 kedengaran suara rintihan di talian telefon, terusku bertanya "akak kat mana ni? - tiada lagi panggilan 'puan' sbb kami ibarat teman karib, lantas dia menjawab perlahan " kat spital sr, aduhh, sakitnya!!"..
Ya Allah rupanya dia kini sedang sedang menerima rawatan kecemasan sejak kelmarin akibat serangan kanser, (telah menerima 6 kali rawatan kemoterapi, perlu tambahan 3 kali lagi sebelum menjalani pembedahan di Hospital Kuala Lumpur manakala suaminya kini sedang terlantar sakit (strok) di rumah).
Tiada yang mampu diucapkan ketika ini, cuma iringi doa moga beliau segera sembuh dan mempunyai kekuatan melawan penyakitnya itu, aamiin









15 ulasan:
Ya Allah. Hanya Dia yang mengetahui apa yang tersirat disebalik ujian ini. Allah menguji hanya kepada orang yang mampu menghadapinya..
Ya Allah!!...Kuat betul dugaannya...Dah la suami sakit...Turut simpati....
doakan semoga beliau tabah menghadapi dugaan ini, berat mata memandang berat lagi bahu memikul kan kak
Semoga beliu tabah dengan ujian ini...bersama2 doakan semoga beliau dan suami sihat...
Moga beliau tabah hadapi dugaan ni..
semoga beliau tabah menghadapinya..
betul tu
cik rose
sememangnya dia seorang penyabar, sentiasa tersenyum biarpun di dalam kesakitan
aju
mudah2an
Amin
wani
mudah2an
ayu
gitulah harapnya
fieda
mudah2an
tk di atas doa kalian, mudah2an beliau tabah hadapi semua ini
Nota: siang tadi luangkan masa seketika melawat beliau di hospital, payudaranya mula pecah & mengeluarkan cecair, terpaksa dibuat dressing 2 kali sehari
Ya Allah kuatnya dugaan mereka..
so, skrg macam mna kak perkembangan mereka suami isteri?
Catat Ulasan