Selepas waktu kerja tadi, singgah seketika di sebuah pasaraya, niat dihati untuk membeli bahan mentah aka ikan barang seekor dua untuk menu keesokkan harinya.
Buat anak2 sememangnya bahan mentah aka daging ayam sudahpun mencukupi sebagai stok seminggu ini, buat diri ini, semestinya nakkan lauk yang berlainan setiap hari, kalu hari2 berlaukkan daging ayam, tak ke jemu jadinya.
Nampaknya kesemua bahan mentah berupa pelbagai jenis ikan, ketam, sotong dan sebagai baru aje sampai dan segar2 belaka, kiranya jualan pagi merupakan penghabisan stok semalam, kemain lagi ia menggoda hati ini, nasib baik cuma bawa bakul je, muatlah beberapa jenis bahan2 mentah seperti ketam, ikan, kerang dan sayur2an.
Selepas timbang kesemua itu, tiba2 terlihat beberapa jenis lagi stok ikan yang baru diletakkan, tergoda melihat kesegaran dan saiz ikan yang agak besar, di daerah kecil ini agak sukar untuk kami mendapatkan ikan sesegar seperti ini, kiranya JARANG2...
Seandainya ku bawa troli tadi, pastinya akan diangkut lagi ikan2 yang segar, maunya penuh troli dan bolehlah ia dibuat stok harian kami.
Nota:
Menu petang ni simple je, sup bayam + kerang rebus + ikan goreng + sambal, tak perlu masak pelbagai jenis lauk sebab ikan segar yang di goreng panas2 menyelerakan ditambah lagi makan bersama nasi hangat..
Nota:
Menu petang ni simple je, sup bayam + kerang rebus + ikan goreng + sambal, tak perlu masak pelbagai jenis lauk sebab ikan segar yang di goreng panas2 menyelerakan ditambah lagi makan bersama nasi hangat..









11 ulasan:
hihi,ala kak,tetibe jat rasa laparlah..
Jat..
Pasti belum makan malam lagi ni, rindu ek..
Kak, suke tgk muka baru blog Akak ni, kemas, senang dibaca, memang perempuan mudah rambang mata hihi, geram tgk ikan segar2 ni kan, saya plak pantang tgk udang, rajin Akak masak ye
arggghh..lapo mdengarnya!
terasa nak cari ikan kembung segar nk goreng letak kicap n nasik perghhhhh
mmmmmmmmm..sedapnyaaaa..eh..suka la rumah baru akak ni..menarik..
aju
udang x segar semalam,mgkn mereka nak abiskan stok hari sebelumnya
Imaan09 aka lea
kalu akak tempat lea, mmg lapar manjang..
NoEn
Dok Kemaman pastinya dapat makan ikan segar hari2, sedapkan!!
lia
terangkat beb..
ayu..
rata2 teman2 dok komen bab rumah baru yg tak berapa baru ni, sebenarnya ada sesuatu rahsia antara kami, hampir2 daa ia terkubur malam tadi akibat tersilap setting, huhuhu
beshnyerlahai ketam...terliur..nurul kat sini pun sussah nak carik ikan yang segar..kalau ada cepat2 beli..sbb family mmg kurang mknan mknan laut cuma ikan mmg suka..
Catat Ulasan