Pernahkah kalian tertipu semasa membeli keperluan dapur dan sebagainya? saya akui sering tertipu sebab kecuaian diri sendiri.
Contohnya semasa membeli barangan basah di pasar, apabila balik ke rumah seringkali tertanya2, betulkan harganya banyak ini sedangkan barangan yang dibeli sedikit cuma?
Suami seringkali menegur sebab tidak mengambil kisah tentang harga sesuatu barangan, terus bayar aje tanpa menanya harganya terlebih dahulu, sampai aje ke rumah mulalah nak mengira, huhuhu
Pada minggu lepas, sehabis waktu kerja saya telah singgah di Pekan Selasa untuk membeli keperluan harian, ada sebuah gerai menjual sayur2an dan tempat ini sememangnya sudah banyak kali mengenakan caj yang tidak berpatutan.
Kiranya setiap kali saya membeli di sini, balik ke rumah pasti punyai perasaan cam tak puas hati, justeru itu, dalam pemikiran saya sudah ditanam sikap berhati2, tak nak membeli kat sini tapi tempat lain tak banyak pilihan, maklumlah hanya disini menyediakan pelbagai pilihan.
Saya telah mengambil beberapa jenis barangan seperti mee dan sayur, setiap barangan yang saya ambil pasti akan ditanya harganya terlebih dahulu, kiranya di fikiran ini sudah kira harganya siap2, justeru itu apabila disaat untuk membayar, si penjual memberitahu harga kesemuanya ialah RM9 sahaja. (sikit je tukan...)
Hihhhhhh biar betul? ujar saya
Sayapun mula mengira semula satu persatu dan harga yang dapat cuma RM 7.40 sahaja, akhirnya saya membayar dengan harga yang sepatutnya.
Sayapun mula mengira semula satu persatu dan harga yang dapat cuma RM 7.40 sahaja, akhirnya saya membayar dengan harga yang sepatutnya.
Jika terlalai sudah tentu penjual itu dapat untung bersih RM1.60, itu baru sorang pembeli, kalau dah 100 pembeli, paling kurangpun dia dapat keuntungan bersih (atas angin..) RM160/hari, sapa nak kasi...?









19 ulasan:
betul kan?bunyi macam murah je, sekali cuba kira opss..terlebih sudah
dgn akak terus tak jengah dah kalau macam tu.
saya pun pernah jadi macam ni,,,
selalu jugak terkena macam ni...balik umah baru perasan barang yag dibeli tak sepadan dgn reganya....
tu la kan.. bila kita bg kepercayaan dorang amik kesempatan.. haihhh!
Noen
sib baik suami yg beli semua itu
Kasihibu
sekali fikir xmo beli kt situ tp.. itulah nak tak nak terpaksa tp akan berhati2..
Bukan sayangkan RM1.60 tp sebagai pengguna kita berhak dptkn yg terbaik
Totie
kt mana2 sama je kan!!
MP
agaknya sbb kita kaum melayu kot, benda2 gini tak ambil kisah
masa akak bantu ibu akan berniaga suatu ketika dulu, yg akak perhatikan, kaum cina lebih bersikap berhati2 didalam membeli sesuatu barangan
Ena
jadilah pengguna yang bijak, kalu niat bersedekah, itu belakang kira, betul tak?
teruknya...ada jugak peniaga kedai cam tue...Cik rose jarang beli barang basah...selalunya hubby yg beli...
akak biasa terkena macam nie bila beli barang yg banyak ..
tapi nasib baik cek dulu .. ;)
biasalah dikk adakalanya org nie dia tersilap kira .. kita perbetulkan ;)
barang-barang basah banyak beli di pasaraya jer
cik rose
ada sbb kita sebagai pengguna tak prihatin
ieda
kalau tak sengaja boleh dimaafkan tapi bila setiap minggu asyik kena bayar lebih, apakah hal??
Mama Ema
selamat tp kat sini cuma ada sebuah pasaraya je..
x berkatnya duit dia kak..
betul kat mana2 pun sama jerk..
Jat
tulah kan..
betul tuh..mmg org2 kat pasar kadang mahai dia tuh tak munasabah.mcm sayuran selalunya kalau perasan..duit kita n kita ada hak tuk bertanya
Catat Ulasan