Setelah bertungkus lumus menyiapkan kerja2 pejabat selama 2 hari berturut2, akhirnya siap separuh, ingatkan nak ke pejabat sekejap untuk ambil dokumen2 selebihnya dan buat di rumah tapi malas le pulak.
Apa lagi masa yang ada ni digunakan untuk rehatkan badan sebelum kembali kerja keesokkan harinya, baru je terlelap, sayup2 terdengar deringan telefon, tak sempat nak angkat, deringan itu terhenti.
Tengok panggilan masuk, ada 'miss call' dari nombor yang tidak dikenali, "ermmm siapa pulak ni?", buat masa sekarang ni tak boleh biarkan panggilan masuk tak dilayan seperti biasa, maklumlah no. ini sudah menjadi sebahagian dari no. rasmi selain telefon pejabat, risau kalau2 yang 'call' itu adalah klien.
Dail semula no. tadi, rupa2nya ia merupakan panggilan dari kenalan lama iaitu semasa kami sama2 belajar di sekolah menengah lagi, bayangkan sudah lebih 20 tahun terpisah, ingat2 lupa daa wajah masing2, terima kasih buat Rubiah kerana sudi menjejaki teman2 lama. Pastinya kenangan dulu2 tetap dirindui...









4 ulasan:
jejak kasih ngan kekawan lama....seronok....
memang seronok kalau dapat jumpa kawan lama....
memang teringin nak jumpe kawan2 lama
lama 2 kak..kawan,ikatan 2 xkan terputus walaupn lama x dgr berita.
Catat Ulasan