Cuti semalam kami telah mengambil kesempatan membawa anak2 'makan angin', tak jauhpun sekadar dalam Malaysia je.
Pada mulanya kami punyai beberapa pilihan 'waterpark' yang terdapat di kawasan berhampiran, Gambang Water Park sudah selalu kami kunjungi, nak cuba tempat baru pula.
Cuba dapatkan maklumat melalui internet, terdapat 2 'water park' yang telah menarik perhatian kami iaitu Wet World Shah Alam dan Wet World Pedas, Negeri Sembilan, jika dilihat pada bayaran masuknya, Wet World Pedas jauh lebih murah, perancangan awal kami memilih lokasi ini dan selepas itu terus ke Melaka.
Semasa berada di dalam perjalanan (traffic jammed yang teruk & berlakunya kemalangan dimana kereta berlanggaran sesama sendiri), mb memasing2 ke majlis penutupan Hari Belia Kebangsaan yang bertempat di Putrajaya), kami cuba dapatkan maklumat terperinci dan pengalaman mereka yang telah pergi kedua2 lokasi ini, akhirnya keputusan muktamad kami ialah ke Wet World Shah Alam.
Perjalanan ke Pedas dibatalkan kerana maklumat yang diterima agak kurang memuaskan lagi2 apabila ada pengumuman 'Diminta ibubapa pastikan anak-anak tidak membuang air besar merata-rata di sekeliling taman air ini. Jika di dapati anak-anak anda melakukannya, pihak kami akan mendenda ibubapa kanak-kanak tersebut.'
Perjalanan ke Pedas dibatalkan kerana maklumat yang diterima agak kurang memuaskan lagi2 apabila ada pengumuman 'Diminta ibubapa pastikan anak-anak tidak membuang air besar merata-rata di sekeliling taman air ini. Jika di dapati anak-anak anda melakukannya, pihak kami akan mendenda ibubapa kanak-kanak tersebut.'
Alya bergambar dipintu masuk Wet World Shah Alam
Budak ni memang cukup berani, dia lebih suka berendam di dalam kolam untuk orang dewasa berbanding untuk kanak2..
Insya Allah jika punyai kesempatan, kami akan ke sini lagi, andai kata ditanya d iantara 'Water Part' yang menjadi pilihan kami?, tentunya pilihan utama ialah Gambang Water Part dan disusuli dengan Wet World Shah Alam (yang ini ok sbb airnya tidak begitu sejuk..), mungkin jika punyai rezeki lagi, kami akan ketempat lain pula.









15 ulasan:
Saya tak pernah sampai sini. Wet world pedas pernah pergi. Seronok Alya main air ya.. Samalah macam iman
salam pekenalan .. wahhh bestnya ...kalau dapat gikat cni kan best uhuk3
Cik rose pernah bawak anak-anak ke sini...harga pun not badlahkan...airnya tak sejuk sangat...seronok tengok dorang main air..
seronok tengok alya main air..
seronoknye alya berendam! takpernah lg pegi waterpark shah alam.. kalu kt pedas pernah pegi tp dh lama dh..hehe
salam kenal.wah bestnyeee! i dah follow blog kiut ni.follow i balik ye..tq..;D
entry brapa hengget sorang kak?wahh..mcm bes laa!
Imaan akak Lea
kalu tak silap akak le (ingat2 lupa..)
bawah 90cm, percuma
90-130cm RM16 dan
130cm dan ke atas RM 20
Sherwieya
rasa2nya akak dah followkan!!!
ieedaz
baik pergi, bestttt
Immi Iman
anak2 mesti seronok..
Mi Life & Journey
salam kenal
MP
dia mmg suka main air
Che Rose
bestkan!!
dua tahun lebih tinggal di shah alam tapi tak pernah masuk. tapi dah lama dah masa bujang dulu kak
Catat Ulasan