Jumaat lepas kami ke Cameron Highlands dan bermalam di sana, ianya tanpa dirancang, semua gara2 anak buah kami suami isteri, mereka baru je tiba lewat petang ke rumah dan terus mengajak untuk ke sana.
Kelam kabut gak jadinya, nasib baik sessi memasak cuma tinggal sikit jer lagi, cuma perlu masak nasi dan buat sambal hitam (belimbing buluh) kegemaran mereka, terus diangkutnya dengan periuk belanga untuk ke sana. Sebelum pergi tempah tempat penginapan, nasib baik ada tempat kosong lagi.
Kami bertolak dari sini hampir jam 9 malam dan sampai sana lebih kurang jam 11 malam, tidur malam kami di Neeza Chalet (0122677287), KgTaman Sedia, Cameron Highlands. Klu: antara Tanah Rata ke Brincang, masuk Lorong Kanan selepas Century Pines Resort Hotel, Tanah Rata. (dapat jus strawberi percuma sebotol, cuma bancuh air shj..)
lepak2 seketika sementara menunggu kami bersiap
selepas mandi pagi, sejuknya..
ruang dapur, teh dan gula disediakan, milo & nescafe idok le..
set BBQ disediakan (bayaran tambahan RM30 sahaja..)
Bilik biasa (1 katil besar) RM120, kami ambil chalet yang ader 2 bilik RM250 (mungkin kadarnya berubah mengikut keadaan semasa) - 2 bilik air + meja makan + kerusi set, bilik solat berasingan.
Berhadapan Dewan Balora, Taman Sedia.
Menariknya disini, ia cuma menyediakan sewaan bilik untuk muslim sahaja, non-muslim tidak dibenarkan.
Bersambung daa...









13 ulasan:
Salam umialya...bestnya g CH,aritu atie g tp xpuas sgt berjalan sbb xgheti tpt2 yg menarik kat sana :)
InsyaAllah,1 hari nanti nk g lg larrr...
Lps mandi mmg sejokkkk sgt...pijak lantai pon sejokkkk...
Terima kasih atas wish anniversary tuk atie & suami.
munna pun baru sekali naik ke CH.. nak pergi lagilah nanti
percutian tanpa dirancang ni bestla...
sy ni pun kdg2 kalu rancang xjd... xrancang tu lah yg menjadi.. hihi
best lah..
tak dirancang menjadi jugak pergi..
kalau yang rancang tu payah benar nak menjadi nyer
best nyer.... tetiba rasa nak pergi bercuti jugak, tp kena tunggu summer tahun depan la pulak... skrang autum dah mula sejuk.. grrr!
salam kak..maaf,baru jenguk akak di sini..hihi..tq bayak2,kad raya yg akak kirimkan selamat sampai ke rumah saya..bestnya pergi cameron, dah lama saya tak ke sana..neeza chalet ni kat mana kak..saya ada kenal juga owner noraini chalet,dia pun bagi sewa untuk muslim saja jugak..
waaaa. beraya di CH kak..besnyaaa
sedapnya sambal hitam...
cuti terkejut macam ni yang best
kalau rancang pun belum tentu jadinya kan?
Atie..
bek pergi sekali lagi..
Munna
baik pergi lagi sekali..
IB & Eita
penat woo..
Nur
kt sana lagi byk tmpt menarik
KS
Neeza Chalet kt Kg Taman Sedia
Imaan aka lea
baik pergi sekali lagi..
KI..
sambal tu mmg sedp tp nak buatnya MALAS, bukan aper, nak asingkn tulang ikan bilis..
mesti seonok...murah jugaklah tue...
boleh dikata semua ada..puas hati dn berbaloi la camni kan..:)
Che Rose & Izza
mmg berbaloi..
Tertarik plak dgn tempat ni, agak2 skrg ni harganya masih sama ker
Catat Ulasan