Jumaat, 17 Mei 2013

Jumaat, 17 Mei 2013

Salahkah daku?

Apabila terpaksa marahkan anak2 jiran yang memanjat bumbung rumah di belakang sana, bayangkan si abang berusia 7 tahun diekori dek si adik yang berusia 5 tahun. Berlari2 gembira di atas sana sambil membaling batu2  ke bawah.

Lagipun di belakang rumah sememangnya dipenuhi dek paku2 berkarat, besi2 tajam, serpihan2 kaca dan sebagainya, maklumlah rumah jiran sedang di dalam pengubahsuaian. Pokok pangkalnya macam2 ada..

Permulaannya terasa was2 juga nak menegur anak orang, maklum le famili masing2 berada di rumah dan sepanjang bertahun2 berjiran, tidak pernah kedengaranpun suara si ibu menghalang anak2 bermain sesuatu yang boleh dianggap merbahayakan diri mereka. 

Nak kata si ibu sibuk, mungkin juga sebab tugas sebagai pendidik, balik kerja penat manakala seorang ibu lagi surirumah, semestinya 24jam berada di dalam rumah membuat kerja2 rutin yang tak pernah selesai.

Naper tiba2 tiada perasaan takut nak marahkan mereka:
  • Andai kata terjatuh dari bumbung rumah, silap2 hari bulan boleh patah kaki, kalu idakpun 'koma'  ataupun lumpuh seluruh badan seumur hidup,(nak kata mati tu, kasar sangat bunyinya) sapa yang susah..?
  • Xmo nanti terjadinya kejadian2 yang tidak diingini di dalam kawasan rumah kediaman kami, lagi2 di depan mata ini.
  • Sian budak tu, jika kita tak marah2 dia, xder sapa nak marah2, maklumlah mak2 sekarang ni baik sangat, biar jer budak2 bebas melakukan aktiviti yang disukai tanpa mengetahui bahayanya. Andai kata kehilangan anak, barulah mak bapanya menangis tak berlagu
  • Bukannya pukul menggunakan rotan atau apa2 yang menyakitkan badan, dengan erti kata lain tiada 'penderaan' terhadap kanak2.
  • Bila cakap elok2, waduhhhhhhhhh kemain lagi menjawabnya, kononnya bijak pandai..
Buat jiran tetanggaku, mohon maaf dipinta seandainya teguranku terhadap anak menjadi kesalahan buat kalian, bak kata pepatah"marah tu tandanya sayang.." walaupun hakikatnya 'budak2 itu adalah anak orang, bukannya darah daging kamu tini oiiiiii..'

Nota: alahai terasa diri ala2 mak nenek daaa...

13 ulasan:

Maria Firdz berkata...

Betul dh tu tndkn akk... budk2 bkn thu bhya...

OKje berkata...

Mak diaorang tu semua pendiam kot UA.....Bg okje tak salah sebab utk kebaikan diaorang jugak!

Tanpa Nama berkata...

elok juga di tegur, bukan marah. cume risau.. kalaua terjadi ape2 tentu parah kan.. mak-maknya pun patut prihatin jgk lah aktiviti anak2..

Unknown berkata...

izan pun rasa baik ditegur,.nnt kalau jadi apa2 kesian lak...budak2 tuu

Mat Som Sadona berkata...

Baguz.....
Kembalikan tradisi silam
Anak orang anak kita
Anak kita pun anak org
Barulah aman damai
hidup tenteram dan bahagia

Hafizah Mohamad berkata...

marah ja kalau dah salah...fiza pun pernah marah anak2 jiran yg datang panjat bumbung umah fiza...ha ha ha...tapi dah mmg salah mmg patut kita marah...betoi x....

NzA berkata...

betul la tu tindakan ua...mungkin ada sstengah ibu bapa yg membiarkan saja ank2 tnpa ditegur..ank2 mcm ni yg akn mendtgkan masalah kpd pihak sk kelak....

Aisy Nasiha berkata...

saya percaya akak tegur tu dgn perasaan yang ikhlas dan tak ada niat yang tak baik, memang patut akak buat macam tu.. adat berjiran wajar saling mengingati , masyarakat kita juga yang akan aman..

ena berkata...

x pe kak.. akak dah jalankan tanggungjawab tu.. kalau dibiarkan terjadinya apa2 mesti kita yg rasa bersalah..

kalau ena pun ternampak mcm tu rasanya akan buat benda yang sama..

ayukhairy berkata...

tak salah kak..betul tu tindakan akak

kurus berkata...

jgn takut nak tegur kak .. kena lebih takut sekiranya terjadi apa2 pada budak2 tuu dgn kita sebagai saksi yg mengunci mulut dgn rapi ... ;)

CeqGu berkata...

kalau anis pun akan buat benda yang sama.

Si Matatajam berkata...

Akak tegur tu tanda sayangkan anak2 jiran akak..ambil berat..tak salah rasanya..

 

Copyright © 2012 Reserved to Diari Hidupku
Design by Cik Kumbang