Ahad, 26 Mei 2013

Ahad, 26 Mei 2013

teremosi seketika

Pagi ini tiba2 jer terEMO jap takkala membaca luahan Afiq Muiz dalam pancaindera, sejujurnya sebelum ini saya tak pernah mengenali dia (kecuali anak teruna sulung kami - SYAFIQ yang tidaklah sekacak AFIQ apatah lagi glamour, sekadar budak kampung yang boleh diharap takkala kami di dalam kesulitan) sehingga kisah2 peribadinya mula bermain di dada2 akhbar sepanjang hari bersama buah hati kesayangan.

Sebagai seorang ibu kepada anak2 yang sedang meningkat dewasa, sedikit sebanyak terasa calar akibat pendedahan perkara2 negatif daripada seorang anak terhadap ibu tunggal yang mengandung, melahirkan,  membesar, memberi kasih sayang sehingga menjadi seorang remaja yang 'CERDIK', KACAK & GLAMOUR serta punyai buah hati yang cantik.

Walau seburuk manapun seorang ibu, tak sepatutnya anak memburuk2kan beliau di khalayak ramai, jika tidak, Amy Roshaidapun tidak akan mengeluarkan kenyataan "Saya difahamkan, memang ibunya berperangai pelik sedikit", siapa yang memburukkannya di depan bakal mertua jika tidak si AFIQ MUIZ sendiri iaitu seorang anak  yang tak mengenang jasa ibu, seorang anak yang enggan memohon maaf kepada ibunya sebalik mengharapkan permohonan maaf daripada seorang ibu kepadanya, bak kata si AFIQ MUIZ  "DALAM SEJUTA IBU, ADA SATU IBU YANG MACAM IBU SAYA, SAYA TAK MAHU CAKAP BANYAK, NAK BUAT MACAM MANA SAYA DAPAT IBU MACAM DIA".

Seorang ibu tidak akan memburuk2kan si anak kecuali setelah diri berada di tahap kesabaran yang tipis akibat kekecewaan yang melampau, di mana apabila seseorang berada di tahap ini, ia boleh melepasi tahap emosi yang normal.  

Nota: Mudah2an kami sekeluarga akan sentiasa berbahgia sehingga ke akhirnya, aamiin...

Sesiapa yang belum mengenali AFIQ MUIZ, silalah google sendiri, saya tak berminat nak tempekkan gambarnya di sini..

12 ulasan:

Aisy Nasiha berkata...

Saya tgk dlm melodi mggu lepas. Mmg rasa simpati dgn kes diorang ni.. Tapi lebih rasa marah bila makin banyak disebarkan dlm media mcm ni. Mitakla semuanya dpt berakhir dgn baik.

Mat Som Sadona berkata...

Skrg ni mcm2, anak2 biadab, lupa diri, lupa asal-usul.

Yg mengugut dan membunuh ibu mereka pun dah ramai. Hari2 terpampang di dada akhbar khasnya Metro. Cuma kerana mereka bukan org popular, jadi cerita itu dianggap kecil.


ayukhairy berkata...

Tak suka betul diaorg berdua tu...afiq n eina tu

nurbijen berkata...

saya mmg langsung tak kenal... malas pula nak google berita tu...

eita berkata...

kenal afiq melalui samarinda bangkit nyer seorang pompuan..


tentang isu ni xleh nak komen apa2..bab tak mengkuti langsung perkembangan dia n mak nyer..

Ruse Sulaiman berkata...

Tak berani juga komen masalah org. Takut kena keluarga sendiri. Namun sebagai anak tidak boleh melukakan hati ibu. Takut juga bila dengar ibu dia kata anak derhaka. Marah mcmana pun dgn anak tak eloklah doakan nak mcm tu. Seeloknya bila ada masalah kita doa yg baik2 dari Allah. Bila sama2 marah perkara jd makin besar. Saya percaya bila salah seorang lembut, pasti yg sorang lagi mengalah. Mcm kes shila amzah.

Sweetamieda. Blo berkata...

saya pun tak tau sangat pasal afiq ni...tapi memang ada gaya cerita si tanggang la ni...si tanggang moden...mmg dah banyak kes macam ni dalam dunia hari ini....moga kita semua terhindar daripada perkara ni...hanya didikan agama sebagai benteng terbaik...recheck solat masing2

OKje berkata...

Yelah UA...tgh hot kisah dia beberapa minggu kebelakangan ni

CeqGu berkata...

siapa afiq muiz ni, kalau cikgu anis tak kenal, belum cukup glamer la tu huhu...sampai hati dia cakap macam tu kat mak dia.

IntaNBerliaN berkata...

sy xtau hujung pgkal ciite dia kak.. nak komen pun xreti

Puan Kutu berkata...

sy mmg tak ikut sgt kisah afiq ni.kt internet pun sekadar baca tajuk.lgplak skang tgh busy dengan anak dara.takde masa nak baca.tau la sikit2 kisahnya lepas baca entri ni

Si Matatajam berkata...

Kita doakan mereka bebaik semua lps ni..

 

Copyright © 2012 Reserved to Diari Hidupku
Design by Cik Kumbang