Awal2 pagi sudah lagi beri peringatan pada suami untuk hadiri kenduri kahwin hari ini dan esok, kalau nak ikut gaya saya yang agak sukar untuk keluar rumah apabila tiba hari minggu tapi kali ini harus menerima jemputan dengan hati yang ikhlas & terbuka (mulalah berkira2 xmo masak, abis pagi ni anak2 nak makan apa? ahakkkkkkkk..).
Kedua2nya adalah orang penting, maksudnya mereka banyak membantu pihak kami dari jarak jauh, yalah dek kekangan staf & masa untuk mendapatkan klien yang ramai serta mewar2kan perkhidmatan kami, kita kena berhubung dengan ramai orang dari segenap pelusuk terutamanya dari kawasan kampung, pendalaman & felda, paling penting jangan menyombong diri & pentingkan diri sendiri.
Kenduri esok pula mengingatkan saya pada klien kami yang telah meninggal dunia lebih setahun yang lalu (pernah diceritakan di sini dan DISINI , anaknya yang akan melangsungkan perkahwinan & saya telah menerima jemputan melalui adik arwah, alhamdulillah mereka anak beranak masih mengingati diri ini walaupun arwah telahpun tiada.
Ok teman, selamat berhari minggu.. ceria2lah hari anda dengan senyuman...









8 ulasan:
selamat berhari mnggu...
Wahh bestnya dapat pergi kenduri kawin..boleh gantung kuali...
Saya pagi2 dah bersilat di dapur...
slmt pergi kenduri....wah bestnyer leh gantung kuali periuk senduk semua..hihih
Sebaiknya begitulah UA. Walau mereka yg baik dgn kita telah tiada tapi berziarah pada org yg disayangi pada yg telah pergi jua satu yg disukai agama.
Selamat makan nasi minyak:)
undangan kenduri tu wajib kena pergi kan klu takde apa halangan.bkn sy kata org yg kata.hehe
Bestnya .... dah mula buat kenduri nampaknya.. syaa pun dapat jemputan untuk esok.. nak elak kenduri masa cuti sekolah...
Wajib penuhi undangan orang jika tiada halangan lebih lagi mereka yg banyak membantu dan berhubung dgn kita....
Malas masak beli jelah UA utk sarapan pagi hehe....
best nyer pergi kenduri
kalau gi kenduri jangan lupa salam kaut dgn tuan rumah b4 pulang. hehehhe
Catat Ulasan