Camner nak cerita erk?, sejujurnya saya amat tersentap jika ada 'blogger' baru yang kebetulan TERSINGGAH ke sini (blog yang tak punyai apa2 kepentingan, isipun kosong) & tinggalkan jejak lebih kurang ayat di bawah ini...
" Sila follow saya semula.. @ saya sudahpun follow blog ini dan harap dapat follow saya juga, jasa baik awak amat saya hargai, semoga Allah membalasnya"
Salah satu contoh yang digunakan oleh blogger diluar sana supaya kita 'bw' ke sana pula, (faham2 jer maksud yang tersurat & tersirat..)
Bila 'makcik' semak tang 'follower', xderpun penambahan bilangan follower & tercari2 juga manalah tahu nama @ gambar mereka terselit di antara ratusan follower itu, maklum le kitakan dah makin berumur, ala2 peserta Ratu Rania gitu tapi di hati tetap muda jelita..
In shaa allah jika ada 'follower' baru bertapak di laman ini & punyai link, pastinya saya tidak akan menghampakan kalian & membalas kunjungan itu dengan hati yang ikhlas, yalah, orang berbudi kita berbahasa.
Entahlah, mungkin sebab faktor usia saya yang semakin 'kertu' dari hari ke hari, kalau tak faham maksudnya, sila tanya Rakan Blogger saya yang amat prihatin, amat sensitif walaupun perkara ini 'simple' tapi kesannya nun jauh ke dalam, wat apa nak tertipah tertipu dikkk oiiii???.
Sejujurnya tiada paksaan untuk menjadi pengikut laman ini, lagipun ia cuma berkisarkan mengenai kehidupan kami dari masa ke semasa, tiada gossip2 retis dsbnya, jika tak suka , sila 'X' yang terletak pada sudut kanan sebelah atas.
Rakan2 yang sudah lama bersama telahpun sedia maklum, laman ini tiada di dalam carian google, agak private sikit dan ia terbuka untuk rakan2 yang sudi bertandang sahaja.
Rakan2 yang sudah lama bersama telahpun sedia maklum, laman ini tiada di dalam carian google, agak private sikit dan ia terbuka untuk rakan2 yang sudi bertandang sahaja.
dikongsi secara TERTUTUP kecuali mereka di kalangan rakan2 seperti:
Sesiapa yang selalu singgah dan tinggalkan komen, saya akan masukkan ke dalam list 'Friends', itupun jika mereka punyai akaun "google+" ataupun senarai laman ini sedia berada di dalam 'list' pada sidebar memasing seperti:-
Mohon maaf jika saya terpaksa 'delete' komen yang agak menyentuh naluri ini, saya perlukan keikhlasan di dalam persahabatan, bukannya kepura2an.. jika follower banyak sekalipun xder maknanya jika ia sekadar pada bilangan sahaja.
Maaf jika ada yang terasa.. :(













15 ulasan:
Ayat bgni biasanya blogger baru yg masih kebudakan...tak yah layan sgt.. Klu dia unfollowed pun den tak kisah...
ye la kak.. follower byk x memberi kesan pun terutamanya cam eina ni.. tenggelam timbul je kan.. pernah juga mcm ni.. tp sy wat x tau je..hehe
Awal pagi dah isu panas ni....
Ha....saya setuju..bengang kalau dpt ayat2 gini.. lagi rela follower saya sikit je tapi yg ada tu ikhlas... tiada paksaan...
Betul tu kak...setuju sangat2. Biarlah kita ikhlas dlm melakukan sesuatu perkara..nak fllow ke apa ke, biar ikhlas dan bukannya dlm bentuk yg memaksa...tapi adat berblog..orng fllow kita pastinya kita akan fllow balik klau ada link..kalau tak de, mng tak dapat ler nak tolong kan...
nak folo blog.... adalah hak individu kan...biasa juga terima ayat camtu... tu pasal saya gn kotak komen jenis yg saya boleh semak dl.... yg tak best n ntah apapa...saya delete jer...
Pernah kena juga mcm tu. Takpelah.. just ignore. Kalau follow tp tak jenguk tiada makna juga.
risau pulak nak mohon sis follow blog saya..saya mmg baru dalam dunia blog even blog saya dah hampir setahun..cuma baru-baru ni rasa macam nak menggunakan blog ni dengan sepenuhnya untuk share everything about my daily life...harap sis dapat follow saya..thanks :)
benda macam ni , mana boleh main paksa2...huhu
tak kemana kalau followers banyak sampai beribu2 , tapi 'kawan' tak ada pun..:D
memang ada yang mcm tu.. dia nak ramai kan follower je . bukan dia baca ke entri kita ni :)
eh, tak tau pulak kak umi punya blog ditutup dan hanya boleh dibaca oleh org yang dijemput ?
Kakak pulak susahnya nak masuk link UA ni...
Kakak rasa UA kena masukkan link dekat google+ under about tu (update profile ye dik)... kakak kalau org komen tak dapat jejak balik pun dah rasa tak sedap hati tau...
hehe faham macam mana perasaannya kak..org macam gini malas nk layan..tp rasa ralat sgt klu org komen kita kita tak bley jejak balik sbb takde link
eh sama la… agak terganggu bila dapat komen cenggitu…. mmg nak klik link pun rasa malas… buat tak nampak jer…. hihihi
sy dulu masa mula2 knal kawan blog ada tulis lebey kurang gitu jugak
as-salam singgah sini salam kenal i follow.hihi.
dulu kan serius saya tak tahu mcm mna nk jalinkan persahabatan dgn mmber blog.ye la kita tak kenal dia,dia tak kenal kita.selalu sy pikir "dia nk kawan dgn aku ke"..
yeay, skrg dah kenal.tak kenal maka tak cinta kan kak.. i follow..hihihi
jgm stress tau..
salam maal hijrah :-)
Bangga mak sebab glemer kat blog ni hehe ...perasan sekejap!!!
hehe...Geng.....mmp pun ada gak yg datang tulis gitu...alah biasalah budak baru kenal blog...ececeh..... biar aje le....
budak budak katannnnn...
Tak yah nak sentap, sentap kita enjoyyyy...yg penting kita berjiwa muda walaupun ratu Rania hehe ( eh? ada kaitan ke ni? hehe )
Catat Ulasan