Kalau dulu2 kita sering mendengar pepatah melayu 'Menjaga seorang anak perempuan ibarat menjaga lembu sekandang', rasa2nya pepatah itu tak sesuai untuk diguna kini.
Sukarnya menjaga anak LELAKI & PEREMPUAN kini sama jer, lagi2 di zaman milleniun, banyak sangat pancaroba. Si sulung baru jer menghabiskan 9 subjek SPM minggu lepas (Aliran Sains), pelbagai perancangan kami lakukan buat dia.
Awal2 lagi kami merancang percutian keluarga pada pertengahan Disember nanti, maklum le masa itu si ibu punyai sedikit kekosongan masa & kalau boleh inginkan si teruna mengambil ujian memandu untuk lesen kereta bagi kemudahannya di masa akan datang, tup2 semalam si sulung bagitau dia & rakannya telah memohon kerja di Kedai Borong Beras Jati untuk mencari pengalaman dengan gaji RM25/hari.
Di dalam kepala kami terus terbayangkan seandainya stok beras sampai paling tidak sebuah lori besar sehari, gimana tu? sedangkan si bapanyapun saya tak izinkan untuk melakukan kerja2 berat sebegitu, inikan pula anak, memang stress giler.
Macam2 difikirkan, risau jika terjebak dengan aktiviti2 tidak berfaedah seperti merokok ataupun pengambilan benda2 terlarang yang makin berleluasa kini. Bukankah banyak lagi kerja lain yang dia boleh buat? kalu idokpun duduk le di rumah sementara menunggu keputusan nanti.









10 ulasan:
Bersemangatnya anak akak ni nk kerja..bukan mudah tu kerjanya.. cubalah akak nasihatkan dulu..bgtahu kerja tu memenatkan dan kerisauan akak ni..insya Allah dia faham tu.
Kalau tak nak dgr juga.. bg jelah anak akak ni rasa susahnya macam mana. Dh kena baru dia akan tahu n nilaikan semula...
Memang bila anak2 dah remaja ni..kerisauan makin bertambah .
Ouhh dah nak kerja ya..kalau kerja2 yg ringan tu ok jugaklah..
Akak pujuk lah dia ya...
dia nak cari pengalaman keje tu..bile dah keje baru tau susah nyer nak cari duit...
Setuju tu.....
Anak kita tak habis lagi beb....ada 2 subjek lagi...Khamis ni baru habis...
Samalah ....kita pun nk suh dia belajar kereta.....pas tu suh cari keje kat KFC ke....SR ke....tp kalu angkat beras tu kesianlah berat tu.....
Emak ni ngan anak mmg sayangkan....tp anak ngan emak....emmm ....moga moga sayang depa kat kita double le hehe
boleh kot slow talk dengan anak teruna UA… dia tahu tak perancangan UA yg nak suruh dia ambil lesen kereta? Kalau saya, mmg tak tolak…. hihihi, dulu kumpul duit sendiri jer nak ambil lesen...
Eh, samalah kisah kita
Anak sulong saya tu yg lepas SPM juga tu
Tiba-tiba nak kerja
Memandangkan kedai tu kedai baru
Dan pemiliknya jarang datang
Senyap dan sunyi
Kena pulak uruskan tempahan, dan duit masuk
Saya suruh dia duduk rumah aje
Memang semua bapa tidak berapa setuju anak bekerja
Termasuk suami Umi
Kebanyakan ibu tidak kisah, itu yg saya pelik sikit
Mmg dia dh nk cuba berdikari tu..cuma anak remaja skg byk ikut kwn2.. Kna byk2 slow talk... Huhu... Mmg mncbr didik anak...
bagus nk carik keja tu tp kalau boleh bawa berbincang dgn parents. tunggu pendapat parents.
kes akak ibarat tarik rambut dalam tepung tapi tepung tak berselerak kan.
in shaa Allah akak dan suami boleh handle.
sabar ye kak
kerja ni sebenarnya adakala bagus juga..tp kena bawak berbincang la dulu dengan parents..harap lepas ni si sulung spt pengajaran berguna la kan..
Catat Ulasan