
Pendaftaran tadika Alya.
Itu baru seorang anak, ia belum dikira pembelian barang2 keperluan persekolahan mereka 3 beradik dan bayaran asrama kakaknya.
"Sempena tahun baru, kelas baru, umur baru, jadi semuanya nak baru walhal kasut sekolah baru jer beli 2 minggu sebelum sekolah cuti tempohari, urmmm salah siapa sebenarnya?, Ummi juga yang salahkan sebab ikut kehendak anak2.."
Semua kelengkapan persekolahan anak2, kami siapkan secara berperingkat, bermula sedari awal cuti sekolah, kami sudah belikan kain untuk tempahan uniform kakak, gitu juga alat tulis, kasut sekolah dan sebagainya, ada peluang terus beli sedikit demi sedikit, jadi tidaklah berputih mata tengok RM 'melayang2' depan mata.
Pokok pangkalnya kita sebagai ibubapa perlu punyai kesedaran menyimpan secara tetap setiap bulan walaupun di dalam jumlah yang sedikit dan membuat persediaan dari awal, lainlah golongan atasan, mereka langsung tidak terasa duit keluar masuk.

Nota: Sayu baca BH hari ini takkala melihat anak2 belajar dengan memakai baju biasa dan duduk di atas lantai simen di salah sebuah yang terlibat dengan banjir di Gua Musang.
Bermuhasabah diri..









18 ulasan:
yup...itu baru sorang kan...tak per...ada rezeki lain nanti...insyaallah...
yg last tu terasa sangat... kalau rasa kekurangan tu ingatlah orang yg lebih kurang dan lebih malang dari kita, syukurnya mereka masih nak ke sekolah...
biasa lah budak2 baru nak masuk sekoloh semua nak baru....
walaupun berbaju biasa masih bersemangat diorang nak ke sekoloh
mmg belanja sekarang semuanya mahal2..selalu terfikir macam mana gaya org susah yg ada anak ramai.sy yg sorg ni dah berjimat sehabis baik pun melayang byk jugak..
Tahniah pada Alya, semoga ceria selalu bersama kawan-kawan baru..semoga dapat belajar dengan lebih baik dan cepat faham...
Tahniah pada Alya, semoga ceria selalu bersama kawan-kawan baru..semoga dapat belajar dengan lebih baik dan cepat faham...
Betul tu geng..... tu baru sorang tu....Tapi Tadika biasanya lebih mahal cost dia dpd anak anak yg dah bersekolah betul. Tak termasuk kain bajulah..... Kita beli siap jer geng, tak pernah tempah. Tak ke rasa lebih mahal geng?
Alahai kesiannya mereka. Entah bila agaknya nak sampai kerusi meja baru yek....Tapi semangat cikgu dan anak murid tu yang kita nak.
Ntah le geng, lebih mahal k murah sbb anak2 dara kita tak pernah beli uniform siap, dari dulu hngga kini, tempah sbb kita boleh pilih kualiti kain.
Memang sedih melihat keadaan anak-anak mangsa banjir yg memulakan sekolah. Usah kata keadaan sekolah sedih, rumah mereka juga tak ada bayangkanlah...
simpati sekali nampak ni UMi..sedih rasanya..Ya Allah berilah mereka pengganti yang lebih baik dari segi tempat tinggal dan keimanan mereka..dan kami
Investment Dunia Akhirat..
berapa umr Alya sekarang eh kak Umi Alya
6 tahun..
Maaf JM, akak terdelete, ralat sgt, mklm guna mobile, ampun ya dik...
musim sekolah bermula, duit mmg keluar macam air. huhuhuhu
mereka betul betul tabah mengharungi ujian dan dugaan
Rugilah buat anak muda kita yang masih ada kelengkapan dan peralatan yang lengkap tapi tidak mencuri peluang yang ada sebaiknya
Catat Ulasan