Rabu, 19 Oktober 2016

Rabu, 19 Oktober 2016

Ke Cameron Highlands lagi dan lagi...

Entri tertunggak, tuan rumah masih ketandusan idea untuk mengolah jalan cerita, ditambah pula dengan keadaan diri yang tidak begitu sihat, demam selsema melanda dengan tiba2, nak kata stress kerja, tidak juga, lagipun audit baru jer berlalu pergi, gayanya BIARLAH GAMBAR BERBICARA sebagai pengganti diri, jangan marah naa...

Kisah 2 minggu lepas

Kononnya berfamily day, malangnya haluan kami berlainan, jadi untuk hilangkan stress dek jem yang terlampau teruk, singgah di sini, hirup udara segar dan ambil beberapa keping pic Alya sebagai kenang2an.

Saudara mara yang lain sudahpun berada di lokasi berbeza, kami jer terpisah jauh.

Paling utama, bagi peluang untuk model cilik kami berposing..

Selesai solat, kami singgah di Taman.



Ada pula permainan belon kat sini, apatah lagi, gembiralah model cilik kami

Sebahagian gambar yang sempat diambil ketika bersantai2

Keesokkan hari kami berjalan kaki ke sini, maklumlah dah dekat dengan tempat penginapan.

Selepas ke sini, kami tidak sempat singgah ke mana2 lagi, maklumlah jem pada hari itu terlampau teruk, kereta seakan tidak mahu bergerak, fobia daa nak datang pada cuti umum..

Oh ya, satu kisah di awal pagi ketika suami bersama sepupunya keluar membeli makanan,  terserempak banyak buah kereta yang telah dipancit tayarnya, sedihkan, pasti bajet masing2 dah lari, siapakah yang sanggup buat perkara tersebut? 

Alhamdulillah ia tidak berlaku kepada kami, mungkin disebabkan kami guna parking di bangunan hotel.


Buat insan di atas, saya terpaksa sekat kehadirannya ke sini, maaf....

ok, bye, jumpa lagi...

13 ulasan:

arzmoha berkata...

tak patut perkara seperti itu berlaku...

ada juga terima amaran whatsapp mengatakan ada tindakan sebegini...

untuk memeastikan mereka yang menyediakan perkhidmatan tersebut tidak rugi

arzmoha berkata...

salam kak....wah mesti seronok alya...

dapat ke cameron Highlands sejuk saja suasana...

maaf juga lama tak blogwalking...hampir ke semua blog rakan lain juga

Umialya berkata...

Sama ngn akak juga aRz, biasa singgah ke laman rakan2 tapi sbg silent reader cuma.. ntah le tiba2 xder idea ntuk menyapa..

OKje berkata...

Memang betullah cite pasal pancit tayar yg viral tu yeh. Seram gak tu, manalah tahu nasib tak baik hari tu...

Rasanya one day nanti.....kita akan terserempak jugak kat CH geng! Camne agaknya kalau terserempak. Mesti malu ek hihi....

Kita doakan moga Allah memberikan kesihatan yg baik pada awak geng!..

Puan Kutu berkata...

Cerita tayar pancit tu memang spoil la kan..namanya tempat peranginan.emm..

Ehh Alya dah besar la..hihi

QasehnyaRania berkata...

eh.eh blh pulak pancitkan tayar pelancong.
sungguh tak ade adab ni..

Nor Azimah Ali berkata...

Eh betul ek citer pasal tayar pancit tu, ishhh...risau gak nih. Kitorang ada plan nk jenjalan ke CH ni. Tapi kena parking kt bangunan hotel ek baru selamat.

Nor Azimah Ali berkata...

Saya dah singgah kt sini sbl ni, tapi tk sempat nak komen, kadang tu sambil2 dok tengok bebudak solat kt tadika, amik masa bw, tu yg kadang tak sempat nk mengomen.

Kakzakie Purvit berkata...

Oh... masa kisah pancit tayar tu ada masuk dalam berita
Dahsyat sungguh kan. Nasib baik itulah hikmah terpisah sebab kalau tak mungkin terjebak tayar pancit juga.

Makin comel Alya ni:)

Jari Manis berkata...

Sporttoto? Sekat jek!

Jari Manis berkata...

Tayar d pancitkan? Sbb parking d kawasan larangan ke

arzmoha berkata...

syok sebenarnya bercuti ke cameron ni kan

Mummydearie berkata...

Teruknya! Siapalah punya angkara tu ya. Kurang ajar betul, dah takda kerja main pancit-pancitkan kereta orang ikut suka hati!

UA, berapa kali yang sebenarnya pergi ke CH dalam masa terdekat ni? Ni perjalanan yang berbeza dengan cerita terbaru yang saya bacakan?

Stress dengar orang asyik turun naik CH ni. Kita ni nak naik, tak naik-naik ke CH. Ada aje alasannya. Yang paling tak tahan tu sebab CH ni sentiasa sesak bila musim cuti. Dah kita berempat ni selebriti celup, memang tak suka ler sesak-sesak ni. Hehehe!

 

Copyright © 2012 Reserved to Diari Hidupku
Design by Cik Kumbang