
16/11/2016 (Rabu) @ 10pagi, kakak no.5 dan abang ipar terlibat di dalam kemalangan maut yang mengorbankan 2 beranak iaitu bapa dan anak lelaki (Al fatihah).
Kakak dan abang ipar di dalam perjalanan balik ke Melaka bagi melawat orang tua mereka.
Kejadian berpunca apabila Proton Wira yang dipandu dan dinaiki oleh 2 beranak itu luar kawalan dan berpusing sebelum melanggar Toyota Hilux yang dipandu oleh abang ipar, kemudian kereta Toyota Wish (pemandu dan 2 orang penumpang cedera) yang tidak sempat mengelak lalu merempuh Hilux abang, jadi Toyota Hilux tersepit di tengah2 antara Proton Wira dan Toyota Wish, semasa kejadian hujan renyai2.
Alhamdulillah kakak hanya mengalami kesakitan dalaman (pengsan sebaik berlakunya kemalangan) manakala abang ipar luka di kepala dan dahi serta alami kesakitan dalaman.
Toyota Hilux abang ipar rosak teruk (total loss)
Sinar Harian














5 ulasan:
Innalillah..tak sangka, tengok berita ni.
Alhamdulillah...takde kecederaan yg parah..moga segera sembuh hendaknya.
Asslm kak lame tk jenguk blog baru nk aktif balik..bace ni Allahu..innalillah takziah kak..
P/s: cepatnye alya yg dulu bb da besa sgt 💖
Alfatihah!
Alhamdulillah! Mujurlah kakak dan abang ipar UA hanya cedera ringan sahaja. Melihat pada keadaan kenderaan mereka, memang tak dapatlah nak diselamatkan.
Saya tak tengok pun berita sekarang ni, baca newspaper macam ni pun jarang dah sebab tak sukalah baca kisah-kisah macam ni. Sedih jadinya!
Alhamdulillah kakak dan abg ipar selamat tp al fatihah buat mereka yg maur...seram tul nk memandu waktu hujan senang cite takut bila berada atas jln raya
Inna lillahi wa ina ilaihi rojiun...nasiblah kakak dan abg tak de pape yg serious ye geng. Itulah kan, malang ni mmg tak berbau namanya....
Catat Ulasan