Rabu, 4 Januari 2017

Rabu, 4 Januari 2017

Sessi sekolah 2017

Hari pertama sekolah, apa2pun sarapan dulu

Perhimpunan pagi sebelum sessi bermula.


Alhamdulillah bersyukur dengan rezeki yang ada...

Kali ini guna bekas pakai buang, makanan habis, terus buang bekasnya, tak perlu fikir nak bawa balik.

Rutin Alya setiap hari, bersarapan dulu sebelum ke sekolah & dia tidak pernah ketinggalan untuk bawa bekal dan berkongsi dengan sahabat baiknya.

Tengah fikir menu yang sesuai untuk dibawa pada hari2 mendatang.

Dari tahun lepas lagi, Alya jarang membeli di kantin sekolah.

Oh ya, semalam terdengar rungutan seorang ibu semasa mengambil Alya di sekolah, harga nasi lemak mencecah RM2.50 sepiring (katanya pengusaha kantin baru). Entahlah sayapun tak pasti betul ke tidak sebab tidak sempat meninjau harga dikantin sekolah setakat ini .

18 ulasan:

Kakzakie Purvit berkata...

Budak perempuan jarang suka ke kantin sebab sayang baju dan kasut kotor.
Anak kakak dulu pun sama bawa bekal walau duit bawa juga sebab mana tahu dia nak beli sesuatu kan..

Umialya berkata...

Itulah kak zakie, mungkin juga kot.

Duit belanja memang dia bawa tapi jarang2 digunakan. Biasanya bawa balik semula.

Ann Ishak berkata...

bagus umi jaga pemakanan alya :D

Umialya berkata...

Ann..
Alya ni susah bab makan minum dia, banyak jenis makanan yang dia tak gemar, kita sebagai ibu tentulah risau..

Jika makanpun dalam kuantiti sikit, bab kata orang sebagai alas perut (berhenti sebelum kenyang.. ~_^)

Itulah sebab kecil jer badan dia

Nor Azimah Ali berkata...

Alya sekolah pagi ke? Umar zikri sesi petang, saya plak masih di tadika, terpaksa lah beli di kantin je. Tapi sek agama pagi saya bekalkan juga makanan. Alhmdulillah harga makanan kt kantin sini masih harga yg sama.
Hai Alya, makan apa tu😄

Umialya berkata...

NA..
Alhamdulillah kat sini semua sesi pagi.

Masa abang & kakaknya ada sesi petang.

OKje berkata...

Salam tahun baru geng....
Kecik besar kecik besar tau mata kita ni tengok apa yg Alya makan tu hihi....
Alya bersarapan nasi berlauk ke geng? Alya bersekolah sesi petang eh?

Senang bawak bekal sendiri, tak payah nak berebut rebut kat kantin

Umialya berkata...

OKje..
Alya sekolah sesi pagi..

Pagi2 kita dah masak nasi tau, cam td nasi vs lauk daging masak kicap

nurbijen berkata...

Bagus Alya, beselera makan sarapan...
Kat rumah ni, Irfan jer yg jenis minta nasi pagi2.. Aisyah dan Danish makan roti pun dah ok :)

dukun berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Umialya berkata...

Nur..
Jika kena dengan selera dia.. :)

Unknown berkata...

Nasi lemak 2.50? uish mahal nyer... kena buat bantahan tu... alhamdulillah sekolah anak saya masih RM1 .

Umialya berkata...

Acik Idah..
Ntah le, mgkn dah ada mak ayah wat aduan.

Masuk minggu kedua, Alya masih belum ke kantin, duit belanjapun tak berusik, nak bagi belanja (mana tau kot2 terigin nak membeli) tapi ditolak dengan alasan duit belanja ada lagi & tak digunakan.

Bekal yang dia bawa, makan di meja bawah khemah yang disediakan oleh pihak sekolah, kawan2nyapun dah join sekaki.

Kakzakie Purvit berkata...

Bawa bekal ajelah senang dan kita tahu apa yg anak kita nak makan
Guna bekas pakai buang tu pun good idea tak payah susah nak bawa balik bekas yg kotor.

Umialya berkata...

Bekas pakai buang ni senang kak zakie, abis makanan, terus jer buang.

bagi bekas makal2, kang terhilang, kesian kat anak2, tak pasal2 kena marah..

Umialya berkata...

Bagi bekas mahal2.. ** error..

Mummydearie berkata...

Mahalnya nasi lemak RM2.50 sepiring. Berapa ringgit nak dibekalkan anak-anak kalau harga makanan macam tu di kantin?

Tapi memang betul, lagi afdal kalau bawa bekal dari rumah. Kalau tengok kantin sekolah Cina anak saya, lagilah alahai. Lalu tepi pun rasa nak termuntah. Ish, tak tahulah macamana! Padanlah anak saya kata nak makan kat gazebo tepi kantin pun tak lalu!

Etuza berkata...

Amal;am yang sihat..minda pun cergas dengan bawa bekal..teruskan amalan ini

 

Copyright © 2012 Reserved to Diari Hidupku
Design by Cik Kumbang