Isnin, 20 November 2017

Isnin, 20 November 2017

Keenakan Mee Tarik Warisan Asli

Jika berkali2 rakan bloggerku yang awet muda, cantik bergaya dan comel menawan merangkap BFF meneruskan misi mencari Mee Tarik Warisan Asli bersama puteri bongsu,  kami baru sekali menyinggah, itupun cawangan Kuantan yang baru dibuka.

Rasanya "no bad", sebenarnya saya kurang mengemari bau2an minyak bijan,  sebagai orang kampung pure, saya lebih sinonim dengan rasa minyak kelapa sawit & minyak kelapa homemade (walaupun sudah berpuluh tahun tak merasa). 

Tengok anak2 makan berselera,  jika Alya boleh habiskan hampir semangkuk mee tarik sup,  itu tandanya sedap sebab dia seorang yang cerewet bab makan minum. 

Antara menu yang menjadi pilihan kami. 

Dalam banyak2 menu yang dipesan,  saya lebih menggemari sayur cendawan 'telinga kera' + daging yang digoreng, rasanya cukup sedap dan menepati selera orang kampung.

Cara2 pembuatan Mee Tarik Warisan Asli. 
Kagum weyhhh..

10 ulasan:

Etuza berkata...

Asalam ..masa ni tunggu pegawai penceramah..naka2 kejap nak drop komen..
Wah produk Malaysia usah pertikai memang hebat..terbaik

nurbijen berkata...

Saya beberapa kali juga lalu depan restoren ni bila ke Aeon KB.
Tapi last2 ke Kenny Rogers... hihihi
Bila baca post akak ni, rasa skrang juga nak balik Kb... huhuhu..
Nanti lah, tunggu entry saya pula kat mee tarik :)

saniahibrahim berkata...

Wah UA dah dapat rasa mee tarik asli ke...akak yg teringin sngt ni belum sempat lgi nk rasa ,padahal dekat je cawangan nya ni.
Npk berselera Alya makan tu,pasti sedap.Nanti nk order kan utk Iman mee tarik sup juga lh.

Umialya berkata...

W. Salam..
Betul Cikgu Etuza, produk Malaysia terbaik..

Umialya berkata...

Nur..
Kena singgah tu.. sesekali rasai kelainan

Umialya berkata...

Kak Saniah..
Insya Allah ada rezeki akak merasa nanti..

Nor Azimah Ali berkata...

Wah, ni yg buat Saya pun Tak sabar nak merasa keenakan Mee tarik goreng ni Tau. Yang UA punya tu nmpk sedap sangat tu.

Kalau Kita try buat sendiri guna Mee tarik yang jenama mamee tu boleh Tak agaknya, menjadi ke Tak ek? Hehe.

Umialya berkata...

NA...
Jika guna jenama mamee, tak asli dah tu tapi tak salah mencuba, kihkihkih...

Mummydearie berkata...

Anak tekak saya tak boleh terima makanan kat Mi Tarik Warisan ni, UA. Lidah saya ni boleh tahan juga tahap kepedasan yang dimahukan. Sekadar pedas-pedas tepi lidah tu, saya memang tak ngamlah nak makan. Tapi kat Mi Tarik Warisan di Sg Besi tak silap kot saya pernah makan daging yang dicucuk-cucuk kat lidi tu apa ke bendalah namanya terlupa, yang itu sedap.

OKje berkata...

Hihi.... dah rasa ek! Ohh awak mesti tak suka makanan cina kan. Sebab kebanyakan makanan cina mmg ada bau minyak bijan.
Tak pelah yg penting dah rasa ... sedap tak sedap tu ikut tekak memasing hihi...

Sudah! Teringin pulak nak makan mee tarik hihi

 

Copyright © 2012 Reserved to Diari Hidupku
Design by Cik Kumbang