Jumaat, 13 November 2020

Jumaat, 13 November 2020

Tempoh Kuarantin 2 minggu..

Alhamdulillah si bujang telah menamatkan tugasannya di Tawau, Sabah. 

Sebaik tiba ke KLIA,  terus di bawa ke tempat penginapan untuk menjalani tempoh kuarantin selama 2 minggu, setiap seorang diberi bilik berasingan. 


Makan minum disediakan 3 kali sehari,  gayanya tempoh 2 minggu adalah sessi mengemukkan badan, nasib awaklah anak,  sikit hari lagi bakal mewarisi gen bapanya, hu3

Nikmat apa lagi harus didustai.. 

Nota: Esok pula nak ambil adiknya di KLIA2, bujang junior dapat pelepasan balik dari Sarawak, petang nanti perlu ke Balai Polis untuk dapatkan permit perjalanan, harap2 diluluskan. 

Semalam dah pergi tapi tak berjaya, perlu mohon dalam tempoh 24 jam dan berpakaian rasmi lengkap, lelaki - baju kerkolar dan berkasut) 

Akhirnya... 
 
Agak2 nak kuarantinkan dia di mana?  😁

3 ulasan:

saniahibrahim berkata...

Alhamdulilah anak2 kembali ke pangkuan.Semoga dipermudahkan urusan perjalanan UA sekeluarga .

Nor Azimah Ali berkata...

Sedap plak nmpk makanan kuarantin tu, terliuq tengok, alamat bertambahla beberapa kg lps ni, balik umh umi plak masak sedap2, wahha camane tu.😁

Amie berkata...

Alhamdulillah. Syukur kepada Allah. Bahagia rasanya bila anak-anak ada di depan mata.

 

Copyright © 2012 Reserved to Diari Hidupku
Design by Cik Kumbang