Rabu, 6 Oktober 2010

Rabu, 6 Oktober 2010

muffin pisang bercoklat


T/hari ni buatkan muffin pisang bercoklat, cdg tu nak bawa bekal ntuk esok n lusa - kena kuar daerah, biasa le.. kalu tak bawa famili tak sah. Jap lg nak ke pej. ada urusan belum di selesaikan ntuk di bawa bersama sambil tu blh le bg dorg cuba muffin ni sedap ke tak..

Owg lain cuti bleh rehat, aku lak.. kena siapkan slide bagai, sib baik le kemudahan asas di sekeliling kita, phone, email n lain2 berkaitan, gitu gak ngan rakan2 di daerah lain gitu memahami n berikn k/sama 100%, senang keje ngn dorg ni.. . errrrmmmm, baru je siapkn . moga  x le ada silap salahnya, mklm le.. .

muffin tu, usah tnye resepinya sbb ikut citarasa n bahan2 yg terdpt di rumah ni.. tamb. lak guna bhn2 asas je, pastu hentam le sndiri. 

Yg ni resepi yang diberi oleh Syamila, hampir sama bahan2nya, aku guna minyak masak, ganti ngan butter n guna gula perang.. kan ke dah kata td, ikut yg maner termudah.. banana chocolate muffin

Selasa, 5 Oktober 2010

Selasa, 5 Oktober 2010

Ulangtahun ke 15

Hari ini genap usia perkahwinan kami yang ke 15, Syukur Alhamdulillah kerana kami mampu bertahan sehingga ke hari ini setelah melalui 1001 onak dan duri. Sesungguhnya pengalaman lalu banyak mematangkan kami. Insya Allah, kami tetap bersama kini dan selamanya. Amin

Isnin, 4 Oktober 2010

Isnin, 4 Oktober 2010

makin baik

Malam tadi, Alya tidak lena tidur, badannya masih lagi terasa hangat meskipun selepas diberikan pcm supp, Insya Allah, aku akan cuba selesaikan tugas secepat mungkin dan nekad akan mengambil cuti untuk bersamanya. Naluri keibuan membuatkan aku tidak bisa meninggalkan dia didalam keadaan sebegini.

Sampai je ke pejabat, aku terus memohon cuti melalui HRMIS untuk esok dan lusa, sepanjang hari ini aku berhempas pulas menyiapkan kerja sehinggakan anak buahku kat pejabat menegur  ketika  jam sudah mencecah ke angka 12.30 t/hari td, akak tak mengepam ke hari ni?? (biasanya aku yg ingatkan dia)  TERLUPA!! itulah jawapku seringkasnya dan tak lama selepas itu, aku bangun dan pergi ke bilik utiliti untuk mengepam, perutpn  mula terasa lapar,  justeru itu, aku mengepam sambil makan..  itulah aku, kalu buat kerja sampai terlupa segalanya.

Alhamdulillah, petang ini, Alya mula tersenyum dan semakin sihat..

cuba teka, Alya leka melihat apa????




tarrraaaaaaaa.....






ini dia!!!!!!




~~~~~~~~~~~~~~~~~





~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~




      

vcd alif, ba, ta bisa  mengasyikkannya
inilah lagu kegemaran dia
nota: suka tgk Alya goyangkn badan ke kiri, ke kanan ikut rentak irama dan lagu

Ahad, 3 Oktober 2010

Ahad, 3 Oktober 2010

demam

Seawal jam 5pg td, aku dpt rasa badan Alya hangat, Ya Allah.. dia demam rupanya, sib baik le terkena pd hari cuti, jadi  dpt le aku luangkn masa ntuk bersamanya. 

Terfikir maner silapnya, mgkn pg smlm dia terjatuh n kepalanya terhantuk agak kuat semasa di dlm kete tika  bersama abahnya iaitu dlm perjalanan balik drp antar Suzila ke rumah mak ayahnya -waaaahh, panjang lebar peneranganku ( ktnya dia terpaksa menekan brek kete secara mengejut sbb hampir berlaku kemalangan) agaknya sakit badan si Alya mula terasa ari ni - seharian smlm, elok je dia bermain dan gelak tawa hg mlm td.

Langkah pertama, aku berikan ubat demam (pcm supp.125mg stat), lepas tu, suhu badannya turun kenormal dan apabila cukup tempoh 6 jam kemudian, hangat kembali, maka aku terpaksa berikan ubat sekali lg disamping buat demahan sejuk.

Moga demamnya tidak melarat hg ari esok, nak ambil EL mmg tak boleh 100% kecuali emergency bgt, di awal bulan dan kerja menimbun di atas meja sdg menanti, compile 'mengompile' bagai, ish, bahasa apa tah yg aku guna ni??  &%#*@*&%.. Insya Allah.. aku cuba selesaikan tugasan itu secepat mgkn dan jika perlu aku akan bercuti rehat ntuk bersama Alya (ini le gunanya aku menyimpan cuti byk2 selama ni)  tak sabar rasanya untukku dengar gelak tawanya spt biasa.. ummi rindu sayaaaang!!!!!!

Sabtu, 2 Oktober 2010

Sabtu, 2 Oktober 2010

Menang hadiah istimewa GA aksi ceria simanja

Alhamdulillah, hari ini aku dpt Hadiah Istimewa (Peserta  Pertama - mklm le blogger tegar, smpt jd yg pertama) GA aksi si manja anjuran syamila w/pn tak menang hadiah utama @ saguhatipn,  ini kira ok daaaa, bertuah le jugak sbb sblm ni nak dpt saguhatipn susah apatah lg hadiah utama. Maklum le, sertai GApn sekadar melepas batuk d tangga. Terima kasih ye Sya

Boleh pilih apa yg akak nak, ye Sya? Memandangkan laman 'Contest @ GA only' aje blm pnyai header, maka pilihannye tentulah header. Boleeeeehkaaaaan??

Sebelum inipn aku telah mendpt sentuhannya ntuk kedua2 laman ini:-

ada komeeeeennn??

 

Copyright © 2012 Reserved to Diari Hidupku
Design by Cik Kumbang