Ermmm, seawal pagi, pc kat pejabat wat hal, 'hang' memanjang, nak hantar servis, duit pej. dah abis digunakan dan belum berganti lagi, sudahlah semua data2 penting dok dalam tu n sistem online diprogramkan kat situ, akhirnya terpaksa guna pc lain - selesai sudah satu masalah
Tenet pulak 'servernya down, tak pastilah samada ia berpunca dari hq /telekom?, call telekom, mungkin esok dorang ambik tindakan, nak call unit IT hq tak boleh sebab cuti sempena hari wilayah, sudah le urusan rasmi, surat menyurat 60% menggunakan e-mail, selain telefon n fax.
Petang pula, tiba2 'printer' xder power, naper ek? mgknkah kabelnya wat hal @ printer itu bermasalah, bawa kabelnya ke kedai komputer, cuba guna pada printer kt sana tapi masih tak boleh, nak beli baru tapi xder stok, katanya kena order. kiv reganya RM200++ n paling awal terima seminggu kemudian, berkira2 ngan pegawai di peringkat negeri, keputusannya dorang cari kat sana.
Di awal bulan, kerja menimbun2, laporan kewangan entah ke mana, petty cash masih belum disemak lagi, laporan bulanan peringkat daerah/negeri tak buat lagi, memo/surat menyurat rasmi juga perlukan penggunaan printer/e-mail, invoice perjalanan teksi/bas belum hantar lagi.. semuanya perlukan penggunaan printer juga..
Nasib baik 'claim' kami siap daa semalam, sebutharga /jadual perjalanan teksi/bas untuk bulan ini dah sempat siap t/hari tadi dan sudah dihantar ke negeri bagi 'pesanan kerajaan'.
Senarai nama klien yang sudah / akan menjalani ujian mamogram BANYAK lagi yang belum didaftarkan (hujung tahun lepaspun masih ader yang belum didaftarkan online dek kekangan masa dan disebabkan oleh sistem slow n bermasalah sejak 2 menjak ni, sebagai inisiatif, buat sementara waktu guna manual.
Senarai klien untuk bulan mac sudah banyak, masih belum sempat nak susun jadualnya, hujung minggu ni pulak nak bersuka ria kat PD sempena famili day, balik nantilah fikir2kan tindakan yang perlu dibuat untuk selesaikan masalah ini.
Nota: kalu nak ikut, pc ader 4 dan printer 2, sekarang ni sepasang pc n printer sedang di dalam proses pelupusan, sepasang lagi pc n printer bermasalah, bakinya 2 buah pc yang boleh digunakan tanpa printer dan internet yang down.