Tengahari tadi kereta Hilux yang baru digunakan selama 4 hari terbakar.
Rabu, 8 Ogos 2012
mood tak stabil..
Hari ini tanpa idea dan mood melayang, entah le, mungkinkah diri ini di dalam keadaan tertekan?
hurmmm cukup le pic Alya sebagai penyeri laman ini daripada terbiar sepi..
Panjang dah rambut anak ummi, bila le punyai kesempatan potong kemas rambut si Alya?
Nota: cadangan awal nak bercuti panjang sebelum & selepas raya tapi sampai saat ini belum apply lagi, sedang berkira2 nak perabihkan cuti gantian @ kurangkan sikit baki cuti tahun lepas yang masih banyak?
Sabtu, 4 Ogos 2012
Sabtu, 4 Ogos 2012
mood cuti
Penat gamaknya, sepanjang pagi membuta je sehinggalah anak manja kami - Alya masuk ke bilik sambil usap perutnya, "perut adik sakit...", tiba2 teringat dia belum makan lagi, " adik lapar ye?".."Ha'aaaa adik lapar..", "Nanti ummi masak sup ayam ye.." (Ambik engkau, ketiduran tanpa ingat apa2, sian dak Alya sampai kelaparan, kes dera ek...)
Kemudian cepat2 ke dapur menyediakan sup ayam buat Alya (sementara itu berikan buah durian padanya..), biar ajelah jiran tetangga nak kata apapun, tengah2 hari ader bau2an yang harum semerbak hasil tumisan rempah ratus dari dapur rumahku, janji perut si kecil berisi.. "maafkan ummi ye sayang..." (jap lagi nak rebus nasi impit & rendam bihun, boleh dijadikan soto ayam sebagai salah satu hidangan berbuka petang nanti, hihihi...)
Nota: Mungkin di dalam sehari dua ini kepenatan yang melampau & tidak mempunyai rehat yang cukup, sehabis kerja petang semalam berkejar ke rumah abang no 3 untuk berbuka puasa bersama2.
Azan berkumandang sebelum kami sampai ke destinasi, justeru itu cuma minum air & makan kuih buat sementara waktu.
Sampai aje ke sana, mereka sekeluarga hampir siap berbuka dan kami membuka bekalan yang telah siap di bawa dari rumah, kembali semula ke sini hampir jam 2 pagi & jam 4 pagi bangun memasak untuk bersahur.
Sesudahnya seawal jam 7 pagi tadi terus tidur sama Alya akan tetapi dia bangun lebih awal.
sempat berposing sebelum kami tidur tadi..
Jumaat, 3 Ogos 2012
Jumaat, 3 Ogos 2012
terharu
Sedang menunggu kiriman barang berupa buah durian daripada abang di kampung melalui bas ekspress, kemungkinan sampai ke sini antara jam 2.30-3.00 pagi.
Banyak kali dah abang no. 7 & kakak sulung mengirim buah tangan dari kampung, untungkan sebagai adik bongsu lagi2 yang duduk jauh "diperantauan", hihihi..
Terima kasih banyak2, lain kali nak lagi..
Rabu, 1 Ogos 2012
Rabu, 1 Ogos 2012
Rezeki hari ini
Petang ni pecah rekod, pertama kali ke pasar ramadhan & tidak memasak, ini semua gara2 kesibukan di awal bulan dan tengahari tadi tidak sempat balik ke rumah.
Lauk pauk pilihan kali ini ialah ayam madu, ayam & ikan percik, dapat percuma 2 ketul ayam madu sebab beli di gerai klien tetap kami, balik ke rumah cuma masak nasi dan sediakan air minuman. (tiada menu sayur hari ni, malas lak nak goreng.).
Kemudian bancuh adunan cekodok bilis untuk dijadikan kuih sampingan, tiba2 anak bawa balik kuih keria keledek (panas lagi) pemberian jiran selang sepintu dari rumah kami. Justeru itu bancuhan tadi terpaksa disimpan untuk digoreng semasa bersahur nanti, jika tidak membazir pula.
Nota: Pertama kali nasi & lauk tak habis dimakan, hurmmmmm nampaknya tak boleh malas2, penat sekalipun kena masak, awal2 lg udah mohon hubby n anak agar selepas terawih nanti tolong 'ratah' lauk ni kasi habis, nasi tu xper, boleh digoreng untuk bersahur.
Nota: Pertama kali nasi & lauk tak habis dimakan, hurmmmmm nampaknya tak boleh malas2, penat sekalipun kena masak, awal2 lg udah mohon hubby n anak agar selepas terawih nanti tolong 'ratah' lauk ni kasi habis, nasi tu xper, boleh digoreng untuk bersahur.
Langgan:
Catatan (Atom)









