Tak tau nak kata apa, tiba2 terasa stress sangat2, mungkin terlalu banyak perkara yang perlu disegerakan di dalam jangka masa terdekat, sebolehnya cuba elak masalah di tempat kerja dibawa balik ke rumah tapi sudah namanya manusia biasa, ia seakan tak mampu dibuang jauh2 dari sanubari.
Sebelum balik tadi surat arahan meeting sudahpun sampai tapi anak buah lak dok main tarik tali, seakan kurang berkeyakinan ntuk mengambil alih tugasku walaupun dijanjikan semua itu akan disiapkan, dia cuma perlu bentang dan catat minit yang penting. Akhirnya terpaksa guna kuasa veto, nak tak nak WAJIB k.. zalim tak?
Beberapa prgm wajib disiapkan dalam tempoh sebulan, semuanya gara2 PRU, opsss Saya yang menurut perintah , belum panggil lagi jab. dibawah kementerian ntuk berbincang sama2, mencari kata sepakat. Tenaga kerja lak seciput cuma. camner tu?
Laporan lak perlu disiapkan minggu ini jugak, sedang menunggu kesemua daerah hantar, baru leh compile..dalam jangkamasa yang sama klien perlu dilayan sebaik mungkin, tersilap percaturan, terus ke media massa (skrg inikan org cerdik pandai, sib baik setakat hari ini ok jer..), mana leh main2 beb, pelanggan perlu diutamakan & kena senyum sokmo w/pun dihati gundah gulana.
Peti ais kat pejabat tiba2 wat hal lak, frozen sejuk tapi tak membeku, mungkin ada kebocoran gamaknya, kena dptkan 3 sebut harga lg disaat kekangan masa, adoiiii macam2 hal. Kemaskini: sib baik elok jer tu..