Bukan sejenis tapi 5 jenis barang yang diterima antaranya Bear Purple khas buat Alya, Jam Loceng Doraemon, White Coffee (dah bancuh sepeket - lazat..), Spirulina Cereal (anak bujang dah bancuh, katanya sedap) & 5 in 1 Premix Instant Coffee with Ginseng and Ginkgo Biloba Extract, kesemuanya produk keluaran Elken.
Semasa menerima kiriman tersebut, mata terus tertumpu pada bil 'Kiriman Pos Laju', mahal betul kosnya, maklumlah jauh di seberang lautan, hati terus terasa hiba, itu baru kos luaran belum termasuk isi kandungannya.
Buat
Cikgu Etuza dan Isteri, saya ucapkan berbanyak2 terima kasih, moga persahabatan kita di alamaya terus berkekalan, aamiin..
Jam Loceng disemadikan bersama Mug Anugerah Pekerja Contoh 2013 / Mug kiriman Pusat Kanser WCDBC Kuala Lumpur siang tadi (bersama bear coklat ) dan ia diletakkan diatas kabinet bilik pejabat.
Bukan xmo bawa balik ke rumah tapi kurang berkeyakinan dengan Dak Tecik Alya, tak pasal hayatnya sekejap cuma.
Tentunya Bear Purple adalah milik Alya, hari ini dia dapat 2 bear serentak, pasti kegembiraannya berganda, "Terima Kasih daun keladi dari Alya dan gambar ini diabadikan khas buat Uncle Etuza.."