Pejam celik, pejam celik, 7 tahun sudah usia Alya.
Rasanya baru semalam lahirkan dia.
Hari pertama pendaftaran, duduki ujian penilaian untuk menentukan kelas.
Alhamdulillah setakat hari ini, Alya rajin ke sekolah dan jika punyai kerja rumah, dia akan terus siapkan sebaik sampai di rumah.
Jika tahun2 sebelum ini, saya tidak beri penekanan terhadap pembelajaran dia, maklumlah masih belajar di tadika, Insya Allah tahun ini cuba beri masa & tumpuan sepenuhnya kepada dia. "Azam baru seorang ibu bekerjaya, chaiyokkkkkkkkkkkkkkkkk.."
Bekalan hari ini
Spaghetti Carbonara + buah mangga
Saya pastikan Alya bersarapan pagi sebelum ke sekolah dan membawa bekal bersama, hari ini katanya dia teringin makan kentang goreng yang di jual di kantin sekolah, maka kali pertama juga dia belajar membeli makanan di kantin.
Minggu lepas kasutnya tertukar dengan rakan sekelas, asal saiz 12 tapi yang dapat saiz 11 cuma, tidak habis2 dia mengeluh mengenai kehilangan kasut asal dia. "Kasut Alya bersaiz 12, bukan 11, Alya dah bagitau Cikgu, Cikgu suruh pakai jer kasut yang ada...", berulang kali dia ulang ayat yang sama hinggalah ke hari ini.
Bukan salah anak, bukan salah sesiapa tapi salah diri sendiri, mulalah terasa diri ini bak Pak Pandir 'yang tanda dengan pen marker hitam jer di sisi apakah hal? sudahlah kasutpun berwarna hitam, nasib baik ada sepasang lagi kasut baru,'
"Gilir2lah anak, kasut bersaiz 11 itu, boleh pakai semasa aktiviti PJ, kalau comotpun tak sayang, agak2 tak muat nanti, kita ganti kasut baru"
Nota: Alya berminat untuk belajar taekwando (Ingin ikut jejak langkah kakak & abang2nya) tapi jadual padat, kelas fardu ain habis jam 5.30petang, kelas taekwando pula bermula jam 5.30-7.00petang..pening nak mikir..